Sunday, November 06, 2022

CALON GRS-BN PARLIMEN KOTA BELUD: SAMBUNG YANG TERGENDALA

MISI calon GRS-BN bagi Parlimen Kota Belud- Datuk Rahman Dahalan SAMBUNG YANG TERGENDALA, adalah satu pendekatan yang jitu, dan bukanya janji-janji kosong, kerana landasan mengenainya sudahpun diletakkan sebelumnya, akan tetapi tergendala, kerana pertukaran kerajaan pada PRU-14.

Kerja-kerja atau perancangan yang telah disusun atur, tidak akan dilaksanakan pemimpin lain, kerana isu legasi, kerana setiap pemimpin tidak terlepas dengan legasi dan ego sendiri.

Penulis teringat sangat berkaitan Projek Agropolitian yang dicadangkan di Kawasan Kota Belud, yang sebahagian daripada perancangan memajukan Kota Belud dan penduduknya, dihalang dengan berbagai karenah birokrasi, sehingga gagal.

Kota Belud, tidak seperti kawasan-kawasan lain ada sumber semula jadi seperti kayu kayan, atau kawasan pelandangan yang luas, seperti ladang kelapa sawit.

Kota Belud, hanya ada kawasan-kawasan sawah, kawasan ladang getah kecil-kecilan yang berselerak di beberapa perkampungan itupun hanya di kawasan kedamaian, bukan di 3 kawasan DUN lain.

Melihat senario ini, tiada cara lain memajukan dan membangun daerah ini, selain mengimport aktiviti yang boleh mencorakkan perekonomian, seperti industri minyak dan gas atau aktiviti lain yang boleh menjadi katalis pada pengembangan peruncitan, seperti sektor pelancongan.

Untuk sementara, aktiviti yang paling cepat berkembang adalah sektor pelancongan. Apa yang perlu adalah sokongan infra, termasuk penyediaan kemudahan asas yang rentan gangguan, seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, selain jaringan perhubungan yang kondusif.

No comments:

Post a Comment