Sunday, November 27, 2022

CABARAN EKONOMI DAN POLITIK MENANTI ANWAR

Hari Pertama Masuk Pejabat 25/11/2022
CABARAN ekonomi cukup jelas, bagaimana melawan inflasi. Polisi atau tindakan drastik yang bakal dilakukan, kerana melawan inflasi itu, bukan mudah, tidak hanya di atas kertas atau ucapan berdegar-dengar, akan tetapi melalui tindakan BERKESAN pada kehidupan harian rakyat.

Mata lebih 30 juta rakyat negara ini tertumpu pada indiviu yang tertangguh memegang jawatan Perdana Menteri selama 24 tahun!!!. Apa kah perbezaan yang ketara antara 9 Perdana Menteri yang lalu, terutama PM4 dan 7, yang kebetulan individu yang sama.

Memang masa 5 tahun tidak boleh dibandingkan tempoh masa 22 tahun, tetapi situasi yang sangat berbeza. Era Anwar keadaan sudah canggih, berbanding era PM-4. Era Anwar, hanya perlu polisi dan kebijakan jitu, semua enjin ekonomi dan enjin sosial akan bergerak dengan pantas, kerana perkakas yang diperlukan lengkap, dan tip top, hanya perlu suntikan untuk digerakkan ke arah mana tujuan.

Cabaran politik pula cukup rumit, terutama daripada kaum tradisional melayu, yang dirasakan seperti singa terluka, apabila parti ayam tambatan kaum itu, hampir tidak bermaya, apabila hanya menang 20 kerusi di Semenanjung.

Akan terlihat nanti, pada 6 PRN tertangguh, bagaimana agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terutama di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu. Apa kah agihan tersebut mempertahankan status quo? Jika demikian, Umno adalah pihak yang tidak manafaat menerusi kerajaan yang dibantu membentuk kerajaan.

JIika berpandukan pada kedudukan kerusi DUN, maka Negeri Sembilan dengan 36 kerusi DUN, PH akan bertanding 20 dan BN 16; Selangor dengan 55 kerusi, PH bertanding 45. BN 4, baki 6 kerusi, masing-masing 3; di Kedah dengan 34 kerusi, PH bertanding 11, BN 3. Baki 18 kerusi,masing-masing 9. Di Kelantan dengan 45 kerusi, PH 18, BN 27; di Terengganu dengan 32 kerusi, PH 11 kerusi, BN 21 dan di Pulau Pinang dengan 39 kerusi, PH 36, BN 3.

Jika agihan kerusi sedemikian, maka jika gabungan PH-BN menang, maka Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dibawah naungan PH, manakala di Kelantan dan Terengganu BN.

Jika berpaksi pada PRU-15, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang akan dikekalkan PH-BN, manakala di Kedah, Kelantan dan Terengganu oleh PN.

Apabila semua pilihan raya selesai bagi penggal yang tertangguh, maka PH-BN plus menguasai negeri- Johor (BN), Melaka (BN), Negeri Sembilan (PH), Selangor (PH), Perak (PH), Pulau Pinang (PH), Pahang (BN), Sabah dan Sarawak, manakala Perlis (PN), Kedah (PN), Kelantan (PN) dan Terengganu (PN).

Selain agihan kerusi, Anwar mempunyai tanggungjawab moral “menstabilkan” Umno yang telah kucar kacir kesan PRU-15, yang didapati sebahagian besar pemimpin parti itu seolah-olah “saling tidak mengenal” antara satu sama lain, sehingga berlaku saling curiga mencurigai sesama sendiri. Menstabilkan Umno, untuk kestabilan KERAJAAN PERPADUAN, walaupun, di atas kertas pada “ketika” ini sokongan pada Kerajaan Perpaduan masih cukup dengan majoriti mudah TANPA pengelibatan Umno/BN.

No comments:

Post a Comment