Saturday, November 05, 2022

ARMIZAN MOHD ALI DIPERTARUHKAN RAMPAS PARLIMEN PAPAR

59,675 pengundi Parlimen Papar akan menentukan siapa yang dipilih mewakili mereka.

Pada PRU kali ini, GRS-BN mempertaruhkan Datuk Armizan Mohd Ali merampas kerusi tersebut daripada Parti Warisan yang menang pada PRU-14 apabila mengalahkan calon daripada Parti Umno yang mewakili Barisan Nasional.

Pada Sabtu diumumkan pertandingan 6 penjuru yang membabitkan Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Parti Warisan, GRS dan 2 calon bebas.

Dilihat dari segi calon, nampaknya yang bersaing adalah penyandang (Warisan) dan calon daripada GRS-BN.

Jika berpandukan pada keputusan PRN-16 Sabah, GRS-BN jauh ke hadapan berbanding parti Warisan, dan ditambah lagi dengan pertembungan berbagai penjuru, akan memberi kelebihan pada Datuk Amirzan, apatah lagi tiga ADUN kawasan tersebut terutama ADUN Kawang-Datuk Ghulam Haidar akan mengetuai jentera kempen untuk memastikan kemenangan.

Kerusi Parlimen Papar adalah sebahagian kerusi yang diramal menyumbang kerusi bagi GRS-BN, pada PRU kali ini.

No comments:

Post a Comment