Saturday, October 01, 2022

TINDAKAN GANTUNG AHLI PARTI-ISYARAT PADA PERDANA MENTERI

TINDAKAN MKT Umno menggantung dua Ketua Bahagian, seorang daripadanya ahli parlimen dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ada lah isyarat jelas kepada Perdana Menteri, jika tidak akur dengan kehendak Presiden.

MKT dalam mesyuarat semalam, selain membuat keputusan menggantung juga memecat seorang ketua Cawangan, Bahagian Bandar Tun Razak. Asas penggantungan tersebut, dikatakan bertindak membuat kritikan terhadap Presiden dan pemimpin parti dalam kluster mahkamah.

Memandangkan dalam Umno, kuasa memberi watikah menjadi calon kuasa mutlak Presiden, maka mana-mana pemimpin yang berhasrat menjadi calon kena akur dengan kehendak Presiden, jika tidak jauh ikan daripada panggang untuk menjadi calon.

Walaupun Datuk Ismail Sabri Yaakub berkedudukan Perdana Menteri dan naib presiden, tiada jaminan dicalonkan semula, jika diihat menjadi ancaman pada kedudukan Presiden dan the geng.

Walaupun Setiuasaha Agung parti telah mengeluarkan kenyataan akhbar, bahawa Top5 Umno memutuskan PRU-15 diadakan tahun ini juga, akan tetapi Perdana Menteri masih berteka teki, kerana berkedudukan serba salah, jika tidak kena caranya, ada kemungkinan Agong tidak memberi perkenan pembubaran parlimen dalam masa terdekat, atas sebab beberapa faktor termasuk isu-isu keselamatan yang membabitkan rakyat secara umum.

Perdana Menteri dilihat pada sisi lain menerima desakan daripada parti beliau sendiri dan tiada pilihan melainkan akur, akan tetapi disisi lain pula, kemungkinan keputusan yang dibuat tidak berpihak padanya, terutama membabitkan Istana Negara.

Perdana Menteri, berkeadaan ditelan mati emak diluah mati bapa.

Agong akan melihat apa kah permohonan pembubaran berasaskan konsensus jemaah menteri?, pilihan raya kena sesuai dengan keadaan, terutama berkaitan cuaca, dan juga mempertimbangkan kos, kerana jika parlimen dibubar dalam masa terdekat, hanya Perak, Perlis dan Pahang akan ikut sama, sementara Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu menunggu sehingga tamat penggal. Sukar bagi Perdana Menteri memberi jawapan tepat, apabila isu-isu sedemikian dibangkitkan Agong.

Sepatutnya Umno yang diketuai Datuk Ahmad Zahid Hamidi, kena melihat, bagai mana sukarnya kedudukan Perdana Menteri.

Zahid perlu memikir “two side of the coin” bukan secara uniletaral, dan tidak sangat menunjukkan kegelabahan yang menggambarkan nafsu.

Rakyat secara umumnya memperhatikan semua gelagat para pemimpin kesemua parti-parti yang akan mengambil bahagian pada PRU-15. Parti-parti yang dipimpin  pemimpin sederhana, tiada unsur mabuk kuasa, selain berintegriti dan bertanggungjawab, kemungkinan besar adalah pilihan rakyat.

No comments:

Post a Comment