JIKA semua berpandukan pada kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor “Untuk apa gaduh-gaduh”, Sabah itu hanya ada 25 kawasan parlimen. Jumlah yang sedikit itu, jika terbahagi-bahagi, bukan sahaja menunjukkan kelemahan, akan tetapi merugikan negeri dan rakyat, kerana kekuatan yang tidak kuat bertambah tidak kuat lagi apabila berpecah.
Para pemimpin Sabah perlu mengambil iktibar perpecahan lampau, yang menjadi faktor tergendalanya pembangunan dan kemajuan negeri, kerana perpecahan digunakan pihak lain mengambil peluang untuk mempergunakan wakil-wakil rakyat daripada Sabah yang telah berpecah.
Apabila para pemimpin Sabah bersama-sama dalam satu naungan bermula tahun 1994, maka Sabah dilihat sangat kuat, sehinggakan diberi gelaran Simpanan Tetap. Namun semua itu berkecai, apabila angkara pemimpin-pemimpin tertentu, yang menyebabkan rakyat marah, sehinggakan kekuatan yang terbina hancur.
Kini, berpaksi kepada kehancuran, politik Sabah dibangun dan dibangkatkan semula menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan untuk memastikan politik Sabah menjadi kuat semula, maka rakan-rakan parti yang bergabung dalam Barisan Nasional (BN) diajak bekerjasama, seperti mana yang dilakukan pada PRN-16 Sabah. Hasil kerjasama dua blok parti politik ini mendapat kepercayaan rakyat Sabah untuk memerintah, dan dijadikan sandaran menjaga kepentingan dan hak-hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
Terletak ditangan para pemimpin di dua blok tersebut, bagai mana menterjemahkan kehendak rakyat Sabah, menerusi pilihan raya ke-15 yang hanya membabitkan parlimen.
Jika susun atur dan agihan kerusi menepati selera rakyat, tidak mustahil akan menyapu bersih semua kawasan yang tersedia, termasuk lah kawasan majoriti cina, kerana ianya boleh dicapai, seperti mana yang lalu, daripada 25 kawasan, 24 dimenangi oleh parti yang diterima dan disokong rakyat.
Apa yang dikehendaki rakyat, adalah, semua pemimpin bukan sahaja saling bekerjasama, akan tetapi bergerak sebagai satu pasukan.
Sama-sama kita nantikan, bagai mana para pemimpin GRS-BN Sabah mengatur gerak dan strategi, yang akan dicerminkan menerusi agihan kerusi.
No comments:
Post a Comment