Thursday, October 27, 2022

PRU-15 PARLIMEN SABAH: GRS-BN PERLU MENANG AGAR MENUNTUT HAK-HAK NEGERI TIDAK TERBANTUT

CALON-CALON GRS-BN perlu diberi mandat rakyat negeri ini, sebagai manifestasi menyokong usaha kerajaan negeri menuntut hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak tersekat di tengah jalan.

Untuk rekod dan pengetahuan rakyat negeri, sejak GRS-BN menjadi kerajaan negeri, kejayaan bersejarah, apabila PERJANJIAN MALAYSIA 1963 dimasukkan dalam Perlembagaan Negera.

Apabila perjanjian tersebut telah sebahagian Perlembagaan, maka Sabah boleh menuntut sebarang kandungan di dalamnya.

Adalah tindakan terhormat bagi rakyat Sabah menyokong parti yang mengutamakan kepentingan negeri dan rakyatnya. Memberi mandat pada PRU kali ini, maka memperkuat lagi iltizam kepemimpinan dua parti itu untuk tidak teragak-agak menuntut sebarang hak-hak negeri yang belum tertunai.

Perbezaan antara kepemimpin GRS-BN dan parti-parti lain, adalah daripada segi bertindak. GRS-BN diam ubi berisi, parti-parti lain hanya tin kosong, hanya nyaring bunyi, akan tetapi kosong.

Rakyat negeri ini perlu melihat bagai mana kerajaan negeri yang diterajui dua parti itu membela terus menerus rakyat, apabila membina 1500 rumah untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negeri, apabila menggunakan geran khas Persekutuan pada negeri, julungkali adanya pendekatan demikian.

Selain itu, strategi dua parti itu membangun negeri menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ) semakin kelihatan hasilnya, apabila pelaburan asing terus meningkat, bukan sahaja membuka ribuan peluang pekerjaan, akan tetapi merancakkan ekonomi negeri.

Walaupun PRU kali ini bukan untuk membentuk kerajaan Negeri, akan tetapi wakil-wakil parlimen bagi dua parti itu diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil di peringkat Persekutuan. Apabila kerajaan Persekutuan stabil, maka dengan sendirinya memudahkan urusan kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat.

Menyokong parti seperti Warisan atau parti lain, hanya mengundang ketidak stabilan, dan jika ianya berlaku, maka akan menjadi mimpi buruk bagi rakyat negeri ini. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment