Friday, October 28, 2022

PARLIMEN PENSIANGAN: UNTUNG RUGI PERTANDINGAN PERSAHABATAN ANTARA GRS-BN

JIKA hanya pertandingan dua penjuru, maka pertandingan persahabatan yang bertujuan mengenalpasti parti mana yang diminati pengundi boleh dipilih antara dua parti yang mesra antara satu sama lain, misalnya antara GRS-BN sempena PRU-15 ini. Akan tetapi jika ada parti lain juga turut bertanding, kebarangkalian parti yang memilih saling berlawan dengan pengertian pertandingan persahabatan, kemungkinan kedua-duanya akan kecewa, kerana parti lain yang menang.

Apa yang pasti, tiada mana-mana parti dalam pilihan raya boleh menjangkakan keputusan, walaupun sebahagian besar pengundi adalah ahli dan penyokong parti, kerana fakta PRU-PRU lalu membuktikan keputusan tidak seperti mana yang dijangka.

Cadangan Presiden STAR Datuk Dr Jeffery Kitingan, antara GRS-BN di Parlimen Pensiangan perlu dibenarkan bertanding sesama sendiri, akan berakhir mengali lubang sendiri, kerana bukan calon GRS dan BN sahaja yang bertanding, akan tetapi Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan dan mungkin juga Parti KDM.

Antara pemimpin GRS-BN perlu benar-benar memutuskan dengan semangat setiakawan, dan tentunya berasaskan kekuatan terkini masing-masing, sesuai dengan senario politik terkini, maka semangat tolak ansur perlu dipilih, walaupun Parlimen Pensiangan sebelumnya ditandingi PBRS mewakili BN.

PBRS tidak boleh memaksa untuk tetap bertanding, atas sebab senario dan kecenderungan pengundi sudah berubah. Parti itu kena menggunapakai rekod PRN-16 Sabah, yang menunjukkan parti itu ditolak secara total oleh pengundi Sabah.

Jangan kerana tindakan memaksa kerusi yang sepatutnya boleh menangi GRS-BN akan tetapi terlepas ke tangan parti lain, hanya kerana isu meletakkan calon yang salah.

Penulis berpendapat, Timbalan Pengerusi GRS tersebut memberi cadangan demikian, kerana PBRS tidak berkompromi, kerana mungkin merasa kuat, sedangkan tidak disokong di lapangan, tidak disokong fakta atau rekod.

Penulis khuatir, jika PBRS kekal tidak memberi laluan, akan berlaku ada calon bebas bakal bertanding dan calon bebas itu mempunyai penyokong daripada kalangan rakyat, seperti mana pada PRN-16 Sabah di Kemabong, Pitas dan Kuamut.

Dalam keadaan krtitikal ini, perlu ada yang berkorban untuk satu kemenangan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment