Monday, October 24, 2022

LAWAN SEBENAR GRS-BN?

HAKIKATNYA lawan sebenar GRS-BN di Sabah adalah Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu sahaja yang bertanding untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, sama dengan GRS-BN Sabah yang bertanding untuk menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan bersama-sama blok parti sehaluan di Semenanjung dan Sarawak. Manakala Parti Warisan  dan lain-lain yang juga turut bertanding bukan bertujuan membentuk Kerajaan, akan tetapi calon-calon parti itu hanya mahu menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Pengundi Sabah perlu sedar jika mahukan sebahagian daripada kerajaan, perlu memilih samada  menyokong calon-calon GRS-BN ataupun PH.

Rakyat negeri ini perlu menggunakan hak demokrasi mereka sebaik mungkin, jangan sesekali disia-siakan, kerana peluang seperti ini hanya datang sekali dalam 5 tahun.

Semasa kempen nanti, masing-masing calon atau jentera yang melawan parti Warisan atau parti kecil lainnya perlu memberi tahu rakyat,  bahawa parti-parti itu tidak akan mungkin menjadi kerajaan,kerana keperluan membentuk kerajaan sesebuah  blok parti perlu menang sekurang-kurang 112 kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.

Khusus untuk Parti Warisan seperti mana keputusan parti itu selain bergerak bersendirian, juga tidak berafiliasi atau berkolaborasi dengan mana-mana blok parti.

Setiap pengundi Sabah sebelum memangkah perlu meletakkan misi atau niat, bahawa undi yang diberikan pada sesebuah parti, parti itu bakal membentuk Kerajaan yang menerajui negara.

Kepada calon-calon dan jentera GRS-BN, fokus utama pada PRU kali ini adalah calon-calon daripada PH kerana parti itu adalah saingan utama.

Hakikat tidak dapat ditolak jika PRU hanya melibatkan DUN, kerana memangpun parti tempatan seperti Warisan atau KDM boleh membentuk kerajaan, tetapi bukan untuk PRU yang membabitkan Parlimen. 

Kepada para pengundi Sabah sematkan dihati memberi undi selain calon-calon GRS-BN atau PH adalah sia-sia.

Selain itu, jika pengundi Sabah ingin bebas daripada elemen parti DAP, maka tiada pilihan melainkan perlu menyokong calon-calon daripada GRS-BN.

No comments:

Post a Comment