Sunday, October 30, 2022

BETUL KAH PARTI YANG RAMAI AHLI AKAN MENANG?

PERSOALAN ini lah yang menghantui setiap parti di Sabah ini, kerana parti yang ramai ahli tidak semestinya menang.

Di Sabah kecenderungan parti-parti politik merekrut sebanyak mungkin ahli cukup tinggi, termasuk merebut ahli-ahli parti lain.

Atas sebab itu, penulis tidak pelik, jika semua 1.6 juta pengundi Sabah bagi PRU ke-15 ini adalah ahli-ahli parti politik, walaupun dikatakan hanya 70% daripadanya.

Sebabnya parti-parti seperti Umno dikatakan mempunyai ahli lebih setengah juta, demikian juga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga hampir setengah juta, kemudiannya Warisan hampir 200 ribu, bakinya parti-parti lain yang juga mengaku mempunyai ahli di atas 100 ribu. Pendek kata, tiada seorangpun daripada 1.6 juta pengundi bukan ahli parti politik.

Apa yang diharapkan pada PRU kali ini, ahli masing-masing parti menyokong parti masing-masing, untuk mencerminkan kekuatan parti.

Jika kecenderungan demkian, maka setiap parti perlu menumpukan pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan memberi keutamaan pada peratusan keluar mengundi, kerana semakin tinggi peratusan keluar mengundi semakin tinggi undi yang diperolehi calon masing-masing.

Tempoh kempen 2 minggu, digunakan sebaik mungkin mengenalpasti setiap ahli parti, jauh dan dekat, kerana satu undi pun besar nilainya.

Pesan penulis, manfaatkan kelebihan SISTEM FIRST PAST THE POST, kerana ianya penentu kemenangan apabila berlaku pertembungan berbagai penjuru, kerana terbukti pada PRU lalu, separuh daripada kawasan yang dimenangi ditentukan oleh sistem ini. 

No comments:

Post a Comment