Sunday, September 25, 2022

PERDANA MENTERI KE-10 NEGARA?

DATA pengundi menurut SPR setakat Ogos 2022 berjumlah 21.2 juta, dan jumlah ini kemungkinan besar digunakan untuk PRU-15. Jumlah tersebut pertambahan 6.3 juta berbanding PRU-14 yang berjumlah 14.9 juta.

Implikasi ramainya pengundi apatah lagi pengelibatan pengundi pertama kali dan undi-18, maka tiada ukuran yang boleh digunakan untuk menunjukkan mana-mana parti yang digemari atau berkemungkinan menang, dengan andaian peratus yang keluar mengundi 80 peratus.

Pada kadar 80% pengundi keluar mengundi, maka mereka yang tergolong pengundi pasif atau atas pagar akan lebih ramai berbanding penyokong tegar yang terdiri daripada ahli dan jentera parti. Berasaskan pada peratusan ini, di Semenanjung, kebarangkalian antara 3 blok parti, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, tiada mana-mana blok bersendirian boleh mendapat 112 daripada 222, walaupun mendapat sokongan GPS dan GRS. Apa ertinya? bagi maksud menubuhkan kerajaan, maka dua blok parti perlu bekerjasama, dan untuk tujuan mendapatkan kuasa 2/3 maka sokongan GPS dan GRS diperlukan.

Persoalannya SIAPA bakal Perdana Menteri ke-10? masih terbuka.

Antara pemimpin yang terkategori Prime Minister material, selain Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga mempunyai potensi menduduki jawatan nombor satu negara tersebut.

Semasa perundingan, mesti semua pihak membuang ego masing-masing dan perlu membuat resolusi menang-menang.

Adalah diyakini, PRU-15, bakal menjadi game changer politik tanah air, dan menjadi permulaan perubahan politik tanah air secara besar-besaran.

No comments:

Post a Comment