Sunday, September 04, 2022

KURANG 2 MINGGU DALAM PENJARA NAJIB TERPAKSA DIKEJARKAN KE HKL

575 minggu lagi perlu diharungi Datuk Seri Najib Razak untuk kembali pada kehidupan 6 bintang.

Hanya seminggu berada pada kehidupan paling bawah, penjara, mantan Perdana Menteri itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk “satu pemeriksaan kesihatan”. Pun demikian, menurut pegawai khas MP Pekan tersebut, keadaan bossku stabil.

Benarlah apa yang dikatakan Presiden PKR- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib akan berhadapan kesukaran menyesuaikan diri dengan keadaan penjara, kerana dibesarkan atas dulang emas, persekitaran bertaraf bintang.

Adalah lumrah, mereka yang bertaraf orang penting, apabila dipenjarakan, hospital lah dambaan,kerana di tempat itu lah, masih merasakan kehidupan biasa, dapat meghirup udara segar, ada layanan mesra para jururawat dan doktor, malah dapat berjumpa sanak saudara, dengan kebenaran.

Berbagai karenah, lakonan bagi tahanan berkategori VVIP, tetapi kelaziman, berkaitan sakit. Mereka ini boleh berlakon patah leher, berak darah (usus berdarah), sukar bernafas (dikaitkan dengan jantung) dan berbagai lagi. Matlamatnya, agar boleh dihospitalkan.

Di Malaysia, kategori kesalahan yang berkaitan pemimpin, masih berupa penjara yang tidak begitu lama, malah boleh memohon diampunkan, jika berlaku di negara China, sudah tentu, pengakhiran segala-galanya.

Memanjarakan pemimpin,bukan sesuatu yang diraikan atau ditangisi, akan tetapi, memberi pengajaran kepada semua pemimpin, agar menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya.

Tindakan pemimpin yang mencemarkan imej negara, merugikan rakyat dan negara, kerana perbuatan tidak amanah dan haloba, patut mendapat hukuman yang setimpal, pengajaran padanya, dan perlu dijadikan sempadan oleh semua.

No comments:

Post a Comment