Thursday, August 25, 2022

RAKYAT LAH PENYEBAB TERBONGKARNYA KES SRC

KALAU ada penyokong Datuk Seri Najib Razak menuding jari pada sesiapa, atau beliau sendiri menduduh bahawa pendakwaan terhadap beliau adalah satu konspirasi atau pendakwaan politik, tiada sesiapa yang bertanggungjawab berkaitan pembongkaran kes tersebut melainkan rakyat yang berani bertindak pada PRU-14.

Jikalah tidak berlaku perubahan kerajaan, kemungkinan besar kes SRC yang melibatkan Najib tidak akan dimulakan, jauh sekali disabitkan kesalahan, selain itu berkemungkinan besar pemimpin-pemimpin yang kontraversi yang sedang dibicarakan atau akan dibicarakan akan terlepas begitu sahaja.

Keberanian rakyat mengubah kerajaan, telah mengwujudkan kuasa semak dan imbang, dan hasilnya terbongkarnya para pemimpin yang bertindak bagaikan santa claus menggunakan dana awam untuk menggambarkan keprihatinan mereka pada rakyat, akan tetapi disebalik semua tindakan itu hanya semata-mata mengabui mata rakyat, berkaitan perbuatan mereka, apabila menggunakan umpan tersebut untuk mengaut berbagai habuan dengan cara yang disusun dengan cermat sekali untuk mengelak pengesanan.

Kaedah semak dan imbang ini tidak harus berhenti, kerana berjaya memenjarakan Najib, akan tetapi perlu diperkasakan demi pemantapan politik tanah air menuju ke arah politik beramanah, berintegriti dan demokratik, semua itu boleh bermula pada PRU-15.

Dengan jumlah hampir 23juta pengundi, tambahan hampir 50 peratus pengundi baharu termasuk undi-18, maka jadikan PRU akan datang sebagai game changer politik tanah air.

Hanya rakyat lah yang boleh menoktahkan penyelewengan dana awam yang melibatkan ahli-ahli politik bermasalah, kerana perbuatan mereka itu memberi kesan yang besar kepada negara sama ada dari sudut pembangunan, keselamatan dan lain-lain.

Rakyat perlu lari daripada politik personaliti, politik pernaungan, amalan politik ilitis, sebaliknya perlu memperkasa transformasi politik yang diwarnai semak dan imbang, supaya tidak timbul kekaburan, baik dalam politik mahupun ekonomi.

No comments:

Post a Comment