MINTA sokongan untuk dapat lesen merompak, berdekad tidak disadari, penulis juga terikut sama tidak meyedarinya sejak tahun 80-an, sehingga lah para pemimpin yang dipuja sebelumnya sebagai hero rakyat, ternyata, cantik diluar, busuk didalam.
Ditakdirkan, pandemik Covid-19, untuk popular sementara dan dapat gelaran penyelamat, maka membenarkan pengeluaran KWSP, selepas itu, diketahui, berjuta rakyat majoritinya bumiputera, berumur bawah 55 tahun, mempunyai baki simpanan kurang RM10,000. Apa makna itu semua? Bermakna, betul lah, sekian lama mereka ini, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kemiskinan golongan ini disokong lagi, apabila harga ayam dan telur naik, bukan sahaja riuh sekampung akan tetapi negara.
Akan tetapi, saban hari kita semua dilondehkan, ketirisan wang negara/rakyat berbilion ringgit jumlahnya, hasil perbuatan mereka yang berjumlah tidak sampai 10 jari.
Apabila dekat pilihan raya, mantra minta disokong daripada para pemimpin yang sama, mengatasnamakan parti, kerana ingin memperbaharui lesen merompak.
Masih sanggup kita semua menyokong? Kerana jelas sekali, sokongan itu, hanya bertujuan memperbaharui lesen merompak.
Jadikan lah PRU-15, sebagai game changer politik baharu negara, demi masa depan yang lebih baik, terselamat daripada para pemimpin tamak haloba, kerana hanya cara demikian, negara boleh maju ke hadapan dan bakal dihormati masyarkat antarabangasa.
Pilih lah parti yang dipimpin pemimpin berintegriti, walaupun baru, akan tetapi dipimpin pemimpin yang berpengalaman, pemimpin bebas isu moral, apatah lagi sepasukan dengan parti yang mengingatkan kita tentang suasana selepas kematian. Kita semua jangan lupa Firman Allah SWT, menerusi Surah Al Asr, “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan Sabar”. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment