SATU kesilapan besar, jika mahu sangat PRU-15 diadakan segera untuk mengelak masalah yang dihadapi sesetengah pemimpin Umno.
Tindakan tersebut, seolah-olah memerangkap rakyat, yang tidak dapat berbuat apa-apa selama sepenggal, kerana hak mereka hanya tergunapakai pada pilihan raya.
Apa yang membimbangkan, jika “perangkap” tersebut disalahguna untuk menghalalkan cara, sehingga mereka yang bersalah terlepas daripada hukuman, kerana dilindungi kuasa yang ada ditangan.
Majoriti rakyat negara ini sebenarnya sudah maklum berkaitan kelibat sesetengah pemimpin Umno yang mendesak diadakan PRU-15, untuk menjadi kerajaan semula, sebagai cara “membersihkan” diri, daripada isu-isu negatif.
Para pemimpin Umno tersangat maklum dan sedar, sejak hilang kuasa pada PRU-14, satu persatu salahgunakuasa membabitkan sesetengah pemimpin parti itu semasa ditampuk kuasa terbongkar, terutama berkaitan dana awam.
Pembongkaran tersebut hanya boleh terhenti, jika parti itu menjadi kerajaan semula.
Hakikatnya, target rakyat majoriti negara ini mahukan PRU-15 sebagai game changer politik tanah air, untuk mengwujudkan kerajaan berintegriti dan bermaruah.
Jika 80 peratus daripada 23juta pengundi berdaftar keluar mengundi pada PRU-15, adalah indikasi untuk merealisasikan, PRU-15 sebagai titik permulaan era baharu politik tanah air.
No comments:
Post a Comment