Sunday, August 28, 2022

DILEMA HUBUNGAN GRS-BN

INTIPATI Konvesyen ke-2 Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu di Serdang, Selangor, secara jelas mengenepikan akan berlakunya kerjasama antara blok parti itu dengan “seteru” utama Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Dua kenyataan tegas Tan Sri Muhiyiddin Yassin mendokong tipisnya berlaku kerjasama, iaitu PN dan BN sangat berbeza, ibarat siang dan malam; kedua- Umno anggota BN, dipenuhi pemimpin klepktokrasi, salahgunakuasa, dan rasuah.

Dua kenyataan tersebut menjadikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam dilema, walaupun pimpinan peringkat negeri cuba mengasingkan, cuba mengapungkan perbezaan ketara, antara Umno Sabah dan Umno secara umumnya.

Apapun pandangan Pengerusi PN tersebut, dan juga mungkin timbulnya dilema pendirian GRS, akan tetapi tidak dapat mengenepikan aspirasi rakyat Sabah secara umum seperti mana dizahirkan pada PRN-16 Sabah, september, 2020.

Rakyat Sabah secara umumnya, mahukan kerjasama antara GRS-BN Sabah, dan atas sebab itu tertubuhlah kerajaan GRS-BN negeri Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Memang diakui, pada peringkat awal, Umno Sabah khasnya bertegas, akan bertanding 14 kawasan tradisi parti itu, ertinya enggan bertolak ansur, termasuklah perlu bertembung dengan ahli parlimen penyandang yang kini bersama Bersatu, salah satu komponen parti GRS, namun akhirnya menerima hakikat, berasaskan data pilihanraya PRN-16 Sabah, dan senario di peringkat akar umbi, tindakan tersebut adalah keputusan kamikaze atau bunuh diri.

Di pihak GRS, tiada isu, apa kah perlu bertembung dengan calon BN termasuk Umno, sehingga berlaku berlaku pertembungan berbagai penjuru, akan tetapi mengambilkira, status kerajaan negeri yang diperintah atas kerjasama dua blok parti itu, sesuai dengan kehendak rakyat.

GRS lebih mengutamakan aspirasi rakyat, berbanding pendirian politik kaku, dan pendekatan ini juga, akhirnya diterima Umno Sabah, yang dilihat berlembut yang mana sebelum ini menggunapakai pendekatan LAWAN TETAP LAWAN, RADU SAMPAI RATA.

Hakikat perlu diterima, di peringkat Pusat, berlaku perbezaan yang amat ketara antara PN dan BN, khususnya yang membabitkan pemimpin utama, akan tetapi GRS-BN Sabah, tidak mahu menjadi mangsa, seperti mana kata peribahasa, gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah, sebaliknya, jika tidak dapat menjadi pendamai, maka perlu mengelak, dan membuat keputusan sendiri.

Para pemimpin Sabah, tidak mahu lagi berpecah dan dipecahkan, kerana telah mengambil iktibar pengalaman lalu-lalu, perpecahan, telah menyebabkan negeri dan rakyatnya mundur.

Rakyat Sabah sesuai dengan status sebagai satu Wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia, berusaha bersatu sebagai blok politik bersama Sarawak, agar tidak berulang lagi, dianggap sebagai melukut di tepi gantang, di peringkat Persekutuan, bukan setahun, akan tetapi berdekad-dekad.

Menjelang PRU-15, GRS sudah dilandasan betul, dan bukan sahaja kenampakan mendapat sambutan akan tetapi sokongan, seperti mana dibuktikan menerusi JELAJAH blok parti itu di Seluruh Negeri.

No comments:

Post a Comment