Wednesday, August 03, 2022

CASH IS KING LAWAN TIN MILO

PRU-14 cash is king ditumbangkan tin milo.

Isyarat pada PRU-15, parti yang sama menggunakan pendekatan cash is king, apabila Perdana Menteri (Umno) semasa Konvensyen BN Selangor minggu lalu, akan menyediakan "MINYAK" yang mencukupi. 

Kekuatan cash is king, BN mampu mengekalkan jumlah pengundi tradisi (tidak berkurang dan tidak bertambah). 

Apa kah pada PRU-15  pula Cash is king mengalahkan tin milo?

PRU-15 berbeza dengan PRU-14, kerana pada PRU di hadapan ini, tiada isu panas yang berbangkit yang boleh mempengaruhi rakyat.

Paling-paling isu inflasi, harga barang naik, pengangguran. Isu ini, akan dihadapi semua pihak, tidak terkecuali. Ertinya mana-mana parti sahaja, akan cuba menyelesaikan atau mengekangnya, tidak terhad pada mana-mana parti atau pemimpin.

Hanya yang membezakan pengundi atau rakyat, adalah mereka yang menerima faktor yang menyebabkan BN tumbang pada PRU-14 sebagai basi dan lapok, dan yang tidak. Jika dilihat pada peratusan yang menerima isu-isu tersebut sebagai basi dan lapok, lebih kecil peratusnya, berbanding yang menolak. Akan tetapi yang menolak tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk kerusi, kerana terpecah-pecah.

Kerana terpecah-pecah lah, BN mendapat kelebihan menerusi Sistem First Past The Post.

Akan tetapi, jika peratus rakyat yang keluar mengundi tinggi, dan pada masa yang sama meneruskan momentum sokongan pada Perikatan Nasional (pengundi PH yang cross votes), maka ada kebarangkalian, PN membuat kejutan sebagai pemenang mewakili TIN MILO.

p.s. pada PRN Melaka dan Johor, cross votes pengundi PH ke PN..

No comments:

Post a Comment