Monday, August 22, 2022

BANGUN SAJA-SHAFIE SEBUT PBS

APAKAH satu provokasi atau kah sesuatu berlaku dibelakang tabir? Bukan sekali, akan tetapi berkali-kali, bangun saja, Datuk Shafie Apdal menyebut, bahawa parti pemimpin beliau hanya mahu bekerjasama dengan parti PBS.

Keinginan Parti Warisan bekerjasama dengan PBS bermula selepas sahaja PRN-16 Sabah, malah satu negeri heboh, bahawa parti itu akan menubuhkan kerajaan negeri, memaksa pemimpin PBS mengeluarkan kenyataan akhbar, ianya bukan sahaja tidak benar, akan tidak akan berlaku.

Memperkuat anggapan, adanya sesuatu dibelakng tadbir sedang berlaku, apabila Shafie membuat kenyataan, berhadapan PRU-15, jumlah kerusi yang ditandingi parti itu, sangat bergantung berapa kerusi yang bakal ditandangi parti tertua Sabah tersebut.

Penulis ada mendapat jawapan ringkas daripada salah seorang pemimpin utama PBS, yang “rubbish”kan apa yang dipercakap oleh MP Semporna tersebut, malah pemimpin tersebut menyebutnya sebagai CERITA DONGENG.

Apabila Shafie menyebut berulang-ulang berkaitan kerjasama dengan PBS, kerana kononnya perjuangan parti yang beliau pimpinan semacam kembar dengan PBS, mengundang berbagai persepsi, semacam ada “secret talks” sedang berlaku atau sudah berlaku, dan Shafie “testing the water” untuk melihat reaksi rakyat, malah sudah ada reaksi daripada “pakar” yang dipetik media atas talian yang berpendapat, jika berlaku kerjasama antara Warisan dan PBS, maka memberi kelebihan pada parti berlambangkan perahu layar tersebut, dan PBS akan ikut jejak Parti UPKO yang pernah bersama parti itu termasuk pada PRN-16 Sabah.

Jika diamati, ulasan terakhir daripada kepemimpinan PBS datangnya daripada Presiden parti itu yang mengucapkan ‘TERIMA KASIH” pada kepemimpinan Warisan kerana memilih PBS untuk bekerjasama, akan tetapi PBS memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai platform perjuangan bersama-sama parti rakan.

Kenampakan sangat Shafie sedang “push” kerjasama dengan PBS menjadi realiti, apabila membangkitkan anekmen anti lompat negeri yang dimasukkan dalam perlembangaan Sabah pada tahun 1986 era kerajaan PBS, supaya dikembalikan, malah mengapungkan soalan, mengapa Kerajaan Sabah masih “senyap” berkaitan RUU Anti Lompat yang akan diwartakan September ini.

Tidak sedikit rakyat percaya, bahawa kerjasama PBS dan Warisan pada PRU-15, akan menjadi kenyataan, kerana PBS pernah melakukan keputusan drastik pada pilihan raya parlimen tahun 1990, menjelang pembuangan undi, “dash out” Barisan Nasional (BN), yang kemudiannya tindakan tersebut dikenali sebagai tindakan TIKAM BELAKANG, atas sebab, BN hilang peluang bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu.

Sebuah parti bergabung atau bekerjasama dengan parti lain, tidak termasuk dalam RUU anti lompat, maka, ianya boleh berlaku.

Penulis bersangka baik, bahawa peristiwa tahun 1990 telah menjadi sempadan dan tidak berulang lagi, akan tetapi dalam politik kejadian yang tidak boleh dipadam, malah sudah sinonim dengannya, bahawa permainan politik itu penuh dengan sebarang kemungkinan dan kebarangkalian.

No comments:

Post a Comment