Wednesday, August 24, 2022

BADAN KEHAKIMAN NEGARA BERINTEGRITI

JANGAN sesekali mempersoalkan integriti badan kehakiman negara, atas sebab, sebarang keputusan yang diputuskan badan itu dibuat secara profesional berasaskan analisis dan penilaian atas fakta yang dibentangkan di mahkamah.

Sebelum ini, apabila mahkamah negara ini melepaskan dan membebaskan individu tertentu termasuk ahli politik, ada pemimpin tertentu  termasuk Tun Dr Mahathir mengulas dengan nada negatif, akan tetapi, apabila mahkamah dalam sistem yang sama membuat keputusan sebaliknya, tiadapun pujian dilontarkan  pada badan tersebut, sebaliknya diam seribu bahasa.

Penulis berpendapat, dalam undang-undang, tiada sesiapa yang berselindung dibelakangnya, untuk menzalimi sesiapa, melainkan sebarang keputusan yang diambil, kerana atas asas undang-undang.

Mahkamah atau para hakim membuat keputusan dalam lingkaran undang-undang, tidak terkeluar daripada bulatan itu, walaupun secara individu, keputusan berbeza-beza dari segi hukuman, tetapi yang pasti dalam kerangka undang-undang yang telah termaktub.

Sepatutnya, tiada sesiapa yang bergembira, jika seseorang dihukum, tetapi yang patut diraikan adalah, integriti badan kehakiman, kebebasannya, dan seterusnya bebas daripada panahan unsur-unsur politik. Pun demikian, badan itu tidak dapat melaksanakan fungsi sebenarnya, apabila ada kes-kes yang di bawa ke mahkamah tidak sempat diadili, atas sebab, pengguguran kes, oleh pihak yang beria-ia sangat memperlukan keputusan mahkamah untuk keputusan. Keadaan ini lah, sedikit sebanyak memberi imej kurang baik pada sistem perundangan negara. 

No comments:

Post a Comment