Tuesday, August 09, 2022

APA KAH PRU-15 MASIH MALANG BAGI UMNO?

MALANG bagi Umno-Bn bermula pada PRU tahun 2008, apabila Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah ditawan Pakatan Harapan (PR) dan gagal sekali lagi merampas Kelantan. Pada PRU ini, kali pertama Barisan Nasional (BN) hilang kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Pada PRU tahun 2013, Umno-BN, walaupun dapat merampas semula Perak, akan tetapi, jumlah kerusi parlimen semakin berkurang, daripada 141 tahun 2008, ke 133, semakin menjauh daripada kuasa 2/3. Dan akhirnya, ditamatkan pada PRU tahun 2018, apabila Pakatan Harapan (PH) menang kerusi majoriti daripada 222, sekli gus, Johor lahirnya Umno, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, semakin teruk pencapaian di Selangor, Pulau Pinang, Perak jatuh semula, malah Sabah negeri simpanan tetap Umno-Bn ikut terkesan, tidak cukup kerusi, walaupun menang kerusi terbanyak, terpaksa menubuhkan kerajaan Bn Plus bersama STAR, pun demkian, hanya 48 jam bertahan, tumbang semula.

Pada tiga PRU berturut-turut tersebut, BN khususnya Umno berhadapan berbagai isu, tahun 2008 isu Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, manakala pada tahun 2013, isu lembu masuk kondo yang membabitkan RM250 juta wang negara, dan tahun 2018, isu RM2.6bilion berkaitan 1MDB.

Berhadapan PRU-15, satu lagi skandal muncul, iaitu skandal kapal tentera yang hilang daripada radar, menurut laporan PAC, parlimen wang negara lebih RM6 bilion telah dibayar, akan tetapi tiada satupun dapat diserahkan.

Semua skandal yang membabitkan pemimpin Umno, telah menyebabkan rakyat marah, termasuk lah penyokong tegar parti itu. Apa kah pada PRU-15, kemarahan rakyat termasuk pengundi tegar parti itu berulang? Jika berulang, maka “feel Good Factor” kemenangan pada PRN Melaka dan Johor, ibarat, mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Rupanya, desakan sesetengah pemimpin Umno, supaya PRU-15 disegerakan sebelum ini, ada satu isu besar yang ditakuti. Manusia hanya boleh merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Terpulang kepada pengundi negara ini, apa kah masih memberi peluang pada parti yang dikerumuni para pemimpin yang terpalit  berbagai isu berkaitan "Mismanagement Public Fund", atau kah memberi peluang pada parti yang dipimpin para pemimpin yang berintegriti.. 

No comments:

Post a Comment