Monday, August 22, 2022

AKAN TUNDUK KAH DATUK SERI ISMAIL YAAKOB BUBAR PARLIMEN?

NAMPAK gayanya, Presiden Umno- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja mendesak diadakan PRU-15 sebelum tamat penggal parlimen, akan tetapi memberi tekanan pada Datuk Seri Ismail Yaakob membubarkan parlimen dengan segera.

Mesyuarat tergembar yang membabitkan ketua-ketua bahagian parti hari ini, dilaporkan 158 daripada 191 membuat keputusan untuk mendesak Perdana Menteri mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga.

Desakan tersebut mengenepikan pandangan Perdana Menteri, jika diadakan PRU-15 dalam masa terdekat dibimbangkan matlamat PRU tersebut untuk mendapatkan kerajaan stabil tidak tercapai, melainkan kebarangkalian berlaku “Hung Parliment”.

Jika berlaku parlimen tergantung, maka perlu penjajaran politik baharu, seperti mana penentuan PM-8 dan PM-9, yang akhirnya, akan wujud seperti Kerajaan sekarang, yang mana kerajaan sentiasa dalam kebimbangan, kalau-kalau bangun esok pagi, bukan lagi kerajaan.

Jika parlimen dibubar dalam waktu terdekat, sebelum RUU Anti Lompat sempat diperkenaan Agong dan seterusnya diwartakan, maka penentuan kerajaan pasca kerajaan PH akan berlaku berulang-ulang, kerana tiada siapa yang boleh membendung, pertukaran sokongan antara ahli parlimen.

Zahid amat terdesak, memandangkan perkembangan kes-kes mahkamah yang membabitkan Presiden Umno itu, selain kebarangkalian, rayuan Datuk Seri Najib Razak mengenepikan sabitan 12 tahun penjara dan RM210 juta berkaitan SRC International dikekalkan.

Di kalangan pemimpin utama Umno, terutama mereka tidak berjawatan, berpendapat, semakin lewat diadakan PRU-15 semakin mengecil peluang parti itu menang, berbeza dengan pandangan Perdana Menteri, bahawaa peluang Umno menang, jika semua isu yang terkait dengan parti itu dirungkai terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment