Wednesday, July 13, 2022

UBAH PERLEMBAGAAN DITOLAK- JANGAN PERSALAHKAN ROS

Parti Umno berpandukan duluan ROS yang meluluskan penangguhan parti MCA selepas sesuatu pilihan raya umum, kelihatan sama tetapi tidak serupa.

MCA mengobal perlembagaan parti itu membabitkan penangguhan pemilihan parti, semasa semua Majlis Tertinggi (MKT) dan struktur organisasi masih dalam tempoh perlantikan, berbeza dengan Umno yang mengubah perlembagaan juga membabitkan penangguhan pemilihan, sedangkan MKT parti dan strukturnya sudah tamat tempoh perlantikan.

Dalam perlembagaan parti hanya ada option menangguh pemilihan 18 bulan daripada masa yang sepatutnya dan tidak menyebut bahawa option ini boleh digunakan untuk menangguhkan untuk kali kedua, iaitu 18 bulan plus 18 bulan.

Parti Umno sebenarnya, melanggar perlembagaan sendiri berkaitan penangguhan pemilihan, walaupun secara pentadbiran dilihat betul, apabila perubahan tersebut diluluskan menerusi PAU Khas pada Mei lalu.

Para pemimpin parti itu, cuba menunding jari pada ROS, dengan mendakwa, jika permohonan tidak diluluskan, kerana adanya tangan-tangan ghaib membabitkan pemimpin politik, sedangkan faktanya, tidak lah demikian.

Masalah atau kesalahan ada di tangan Umno sendiri, kerana terlepas pandang, berkaitan kuasa MKT yang bukan lagi dalam tempoh perlantikan, akan tetapi hanya berfungsi sebagai pentadbir atau caretaker.

Kesilapan menginterpretasi dengan menganggap tempoh 18 bulan penangguhan maka MKT dan struktur organisasi masih dalam tempoh perlantikan, adalah suatu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada parti besar seperti Umno.

Mungkin kerana keterujaan Presiden parti menukar ganti jawatan Setiausaha Agung, selain mengatur gerakan menumbangkan kerajaan, maka pentadbiran parti terabai, sehingga menyusahkan parti sendiri. Karma tidak diundang, kerana karma itu adalah tindak balas atas perbuatan yang mencurangi pihak lain.

Apabila tersedar, telah berlaku kesilapan, maka bertindak mengabui mata ahli, dengan mencari kambinghitam untuk dipersalahkan, dan para pemimpin parti itu memilih ROS.

Era sekarang, perbuatan atau tindakan sorok-sorok tidak boleh digunakan untuk menutup kesilapan, dan lagi pun, tidak semua ahli parti adalah pak angguk.

Cukup malang bagi ahli parti yang berjumlah lebih 3 juta, kerana tindakan segelintir yang bertindak semborono, boleh menyebabkan parti dibatalkan pendaftaran, kerana melanggar perlembagaan sendiri.

Bagi parti lawan, mungkin bertempik, kerana parti yang dianggap saingan besar hanya tinggal pada nama, dulu, kini dan selamanya, akan tetapi tidak dapat meletakkan calon atas nama parti, kerana parti tidak wujud lagi.

Mungkin keadaan ini yang perlu dilalui parti, kerana masih menyimpan para pemimpin yang terang dan jelas menyalahgunakan kedudukan semasa berjawatan. Parti mungkin belum puas, kerana pemimpin tertentu yang terkait isu moral, maka parti ditolak pada PRU-14, maka sebagai pengakhiran, maka parti perlu dibatalkan pendaftaran untuk kali kedua, kecuali dapat mengadakan pemiihan sebelum 29 Disember tahun ini.

No comments:

Post a Comment