Thursday, July 28, 2022

RUU ANTI LOMPAT: YANG MEMBAHAS HANYA AHLI PARLIMEN BIASA

JELAS sangat, mereka yang mempersoalkan mengapa tiada ahli parlimen Bersatu mengambil bahagian membahas RUU Anti Lompat parti, tidak tahu membezakan antara anggota pentadbiran dan ahli parlimen biasa (backbencer).

Perjalanan parlimen negara, hanya backbencer atau ahli parlimen biasa yang mengambil bahagian dalam perbahasan, sedangkan menteri dan timbalan menteri memberi jawapan pertanyaan.

Sebenarnya mereka yang mempersoalkan, tahupun mengenai perjalanan mesyuarat parlimen, akan tetapi saja menimbulkan isu, dengan tujuan menipu rakyat untuk mendapatkan kelebihan politik.

Penulis sangat terkilan, mengapa kah mereka yang berkategori pemimpin ini, sanggup berdusta? Sedangkan mereka itu beria-ia sangat mahu sangat membentuk kerajaan, selepas PRU-15, kerana terlalu yakin, rakyat pasti menyokong mereka.

Kalau menipupun, jangan lah mengaitkan perjalanan parlimen, kerana memang lah demikian peraturannya.

Ada yang mempersoalkan, mengapa Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak mengambil bahagian. Yang bertanya itu pun pura tidak tahu, kedudukan Presiden Bersatu itu adalah pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bertaraf menteri.

Pemimpin Umno nampak sangat alergi terhadap wakil rakyat Bersatu, sehinggakan mereka menjadi buntu, tidak dapat membezakan lagi mana betul mana tidak, mana buruk dan mana baik.

Penulis ingin mengimbau kembali semasa PRN Sabah tahun 1985, yang mana samada dalam tempoh kempen, termasuk pada hari mengundi, tiada tanda-tanda Parti Berjaya kalah dengan teruk, kerana pemimpin parti itu bukan sahaja yakin menang besar, juga mendapat suntikan sokongan daripada Perdana Menteri masa itu, yang sanggup ‘SINK AND SWIM WITH BERJAYA”. Lagi pun SEMASA pembuangan undi, di pusat-pusat mengundi, pondok PBS begitu lengang, sedangkan pondok Parti Berjaya, pengundi berbaris panjang untuk mendapatkan rujukan urutan pada daftar undi (sistem masa itu).

Penulis melihat cara pemimpin Umno pada ketika ini, sebiji dengan perilaku para pemimpin parti Berjaya pada masa itu, angkuh, takabur, berserta dengan keyakinan yang amat melampau.

Penulis suka mengingatkan situasi PRN Melaka dan Johor, yang menyebabkan pemimpin Umno merasa yakin dan selesa, tidak sama dengan PRU-15, apa tah lagi berkuatkuasanya undang-undang anti lompat.

Undang-undang tersebut bakal menjadi game changer politik tanah air, kerana rakyat tidak muak dan mual lagi keluar mengundi, kerana ada jaminan, calon-calon yang mereka sokong tidak akan melompat parti.

Bukan itu sahaja, pengundi pasif, atas pagar, undi-18 dan mereka yang pertama kali mengundi, adalah pengundi bijaksana, dan tahu membezakan buruk baik. Ada lah tidak lojik bagi rakyat yang tahu beza antara buruk dan baik, sanggup menyokong parti yang dipimpin oleh pemimpin yang berhadapan dengan berbagai isu berkaitan salahguna kuasa dan rasuah.

Kepada pemimpin Umno yang sangat teruja PRU-15 disegerakan, jangan dulu menghitung anak ayam sebelum telur menetas.

No comments:

Post a Comment