Monday, July 11, 2022

PRU-15 PARLIMEN- SABAH MILIK GRS?

 



RAMALAN seperti tabel di atas, mungkin tidak masuk akal atau tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, terutama mereka yang beranggapan parti yang mereka sokong tidak mungkin hanya menang sedikit kerusi.

Penulis kekal beranggapan atau mmeramalkan, keputusan pada tabel yang disediakan penulis, kalau pun tidak tepat, akan tetapi mendekati, seperti mana tabel yang serupa pernah penulis buat pada pilihan-pilihan raya termasuk PRN-16 Sabah.

Pada PRN-16 Sabah, penulis meramalkan, GRS boleh menang 37- daripada 73. Tidak memasukkan Dun Pintasan, walaupun GRS berpotensi menang, kerana faktor Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, kepala Suku Iranun.

Serupa juga pada PRU-15 yang hanya membabitkan parlimen di Sabah, ramalan penulis seperti mana pada tabel. Terlihat, bahawa sebahagian besar kawasan parlimen bakal dimenangi GRS, JIKA berlaku pertembungan lebih tiga penjuru, termasuk bertembung dengan BN. Menerusi pertembungan tiga penjuru, Umno hanya menang di Kota Belud (kerana faktor Datuk Salleh Said), di Libaran (kerana faktor TS Musa Aman- kerana isu jasa mantan Ketua Menteri Sabah tersebut di kawasan tersebut), Kinabatangan (kerana faktor Bung Moktar Radin). Sementara parlimen Semporna dimenangi Warisan kerana faktor Datuk Shafie Apdal. Sementara di kawasan majoriti cina, kerana memang pengundi kaum itu, kekal bersama DAP.

Kawasan-kawasan lain bakal dimenangi GRS, selain kerana faktor GRS, juga corak kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang diterima rakyat Sabah.

Dalam senario politik Sabah akhir-akhir ini, penulis melihat dan mengamati, tiada mana-mana pemimpin poltik Sabah termasuk daripada Semenanjung, dapat menidakkan kepemimpinan Hajiji, yang bercorak down to the earth, bercorak ikut rasmi ubi berisi, ikut rasmi padi.

Rakyat Sabah melihat kepimpinan Hajiji, memenuhi citarasa dan aspirasi, bukan sahaja membela rakyat akan tetapi memajukan negeri, seperti mana tertuang dalam visi Sabah Maju Jaya.

Telah dibuktikan, menerusi strategi, semata-mata untuk menambah kutipan hasil negeri, untuk keperluan pembangunan, Hajiji memilih pendekatan mesra perniagaan, mesra pelabur, memilih pentadbiran telus dan tranparen dan terbuka.

Sebagai contoh, apabila Ketua Menteri tersebut berkongsi dengan rakyat, pencapaian Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dan pencapaian syarikat-syarikat di bawahnya, sedangkan perkongsian tersebut jarang-jarang berlaku.

Penekanan pada semua GLC dan badan berkanun negeri bermula tahun ini perlu membayar dividen pada kerajaan negeri minimum RM1juta, adalah usaha untuk meningkatkan kutipan hasil negeri, yang telah pun memcipta rekod pada tahun 2021, yang berjumlah RM5.449 bilion jumlah tertinggi sejak 58 tahun.

Tahun ini, kutipan hasil negeri dijangka melepasi RM6 bilion, kerana disokong aktiviti rancak perekonomian negeri, walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19.

Rakyat Sabah memerlukan kepemimpinan GRS yang diterajui Hajiji, sebagai titik untuk memajukan negeri setara dengan negeri-negeri lain. Bagi pandangan penulis, setiap rakyat negeri ini, jangan sesekali melepaskan peluang ini.

No comments:

Post a Comment