Sunday, July 31, 2022

PELAN PEMBANGUNAN SABAH MULA MEMBUAHKAN HASIL-HAJIJI

PELAN pembangunan Sabah menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ) mula membuahkan hasil, demikian menurut Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam ucapan semepena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) pada Sabtu.

SMJ yang dilancarkan pada Mac,2021 bertujuan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Selepas lebih setahun pelacaran visi tersebut, perkembangan positif pada sektor-sektor teras seperti pertanian, perindustrian, pelancongan, pembangunan modal insan sedang berlaku dan berada dalam landasan tepat dan betul menuju merealisasikan visi tersebut pada tahun 2025.

Mengulas tema Ma’al Hijrah tahun ini “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” Menurut Ketua Menteri Sabah itu adalah bersesuaian dengan perpaduan rakyat negara ini, walaupun berbagai agama dan suku bangsa, akan tetapi menunjukkan kerbersamaan sebagai satu keluarga.

Hajiji juga mengajak rakyat meresapi erti di sebalik peristiwa Hijrah, dan menjadikannya panduan untuk berubah ke arah yang lebih baik, kerana “hijrah” pada hakikatnya sentiasa berlaku sepanjang zaman.

Majlis sambutan tersebut dirasmikan oleh TYT Sabah.

No comments:

Post a Comment