Wednesday, July 20, 2022

MINYAK PAKET 1KG BERSUBSIDI UNTUK SABAH DIJUAL PADA SIAPA?

MENARIK jawapan Datuk Shahelmey Yahya Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat  Sabah pada  persidangan DUN Sabah berkaitan minyak masak 1kg bersubsidi, bahawa kuota untuk Sabah adalah 5,661 metrik tan sebulan, atau 5,661,000 paket. Jika jumlah tersebut dinisbahkan dengan penduduk Sabah yang berjumlah 4.2 juta, termasuk bayi baharu lahir akan mendapat sekurang-kurangnya 1 paket setiap seorang. Malangnya, minyak jenis tersebut, jarang didapati di kedai-kedai runcit atau pasar raya, sejak permulaan tahun ini.

Kemana kah perginya minyak jenis tersebut? Jawapan mengenainya diperlukan oleh pengguna yang memerlukan, terutama golongan B40. Jika puncanya adalah makcik-makcik penjual pisang goreng, sekurang-kurang perangkaannya diketahui. Namun jika punca lenyap di pasaran tempatan kerana diseludup, maka ianya ketirisan yang tidak perlu berlaku.

Selepas minyak paket lenyap di pasaran, kini, telur ayam pula lenyap, sedangkan ianya salah satu sumber protein dan makanan kegemaran rakyat.

Kurangnya bekalan telur,mungkin peternak ayam telur kekurangan dedak, kerana dedak adalah berkorelasi dengan bertelurnya ayam. Jika dedak kurang, maka ayam petelur tidak bertelur.

Akan sampai bila kah, kos dedak menurun dan stabil, supaya peternak mendapat bekalan untuk ramuan dedak? Atau kah peternak dibenarkan menjual telur dengan harga tinggi sesuai dengan kenaikan kos dedak, tujuannya, bekalan telur terjamin tanpa mengira harga.

Penulis masih menaruh keyakinan, setinggi mana pun harga telur, akan juga ada pembeli, walaupun ianya memberi kesan pada golongan berpendapatan rendah.

Apa yang mustahak, bekalan terjamin, bukannya lenyap di pasaran. Seperti juga berlaku pada minyak masak, walaupun minyak bersubsidi lenyap di pasaran, akan tetapi pengguna masih boleh membeli minyak botol yang berharga tinggi.

No comments:

Post a Comment