Sunday, July 17, 2022

KERAJAAN SABAH BERI KEUTAMAAN PADA GOLONGAN BELIA- MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN NEGERI

KERAJAAN Sabah menyedari, potensi populasi yang berumur 15-40 dalam pembangunan dan kemajuan negeri, kerana usia dalam lingkaran ini adalah usia produktif. Menafikan pengelibatan mereka ada lah satu kerugian.

Apa yang diperlukan untuk melibatkan golongan ini dalam pembangunan negari, adalah melengkapi mereka dengan kemahiran dan latihan, samada berkaitan teknikal mahupun pengurusan. Pada masa sama, kerajaan mendokong, dengan aktiviti perekonomian, termasuk industri, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mendorong pengelibatan golongan ini.

Kerajaan juga sedar, di kalangan mereka itu terdapatnya mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang bertambah setiap tahun.

Bukan calang-calang kelayakan akademik yang mereka miliki, termasuk bidang-bidang profesional seperti jurutera, arkitek, akauntan. Akan tetapi potensi mereka belum digunapakai, memandangkan peluang-peluang untuk mereka amat terhad.

Memang benar, kerajaan Sabah memula langkah seperti Felo Perdana, mencontohi pendekatan Kerajaan Persekutuan, bagi graduan-graduan terpilih dengan menempatkan mereka ini di kementerian-kementerian. Mungkin jika ada kekosongan, mereka ini boleh diserap, akan tetapi jumlah mereka mendapat peluang ini sangat kecil berbanding, mereka yang segolongan, yang masih berperap di rumah orang tua masing-masing atau sebahagian daripada mereka itu, terpaksa menjadi pelayan di kedai-kedai serbanika, seperti 7-Eleven atau banquit di hotel-hotel.

Penulis sendiri, mempunyai anak dalam kumpulan usia ini, berkelayakan jurutera, akauntan, akan tetapi bekerja sambilan di sektor di luar kelayakan akademik mereka. Itupun, dengan gaji yang hanya cukup, menampung keperluan kategori bujang.

Ada lah merugikan, golongan graduan yang mendapat ilmu dan kelayakan daripada institusi ternama, baik dalam negara mahupun luar negara, kerana terlepas pandang, daripada pihak pembuat keputusan, maka ilmu dan kelayakan mereka hanya sia-sia. Cuba bayangkan mereka ini, adalah pelajar terpilih, daripada sekolah rendah, menengah, kemudian memasuki instiusi ternama, apabila mendapat kelayakan yang diperlukan, tidak tergunapakai, hanya kerana mereka ini bukan daripada keluarga berstatus dan tidak dikenal. Benar lah persepsi, di negara kita, peluang itu, bukan kerana merit, akan tetapi, siapa yang kamu kenal, dan siapa yang kenal kamu.

Memang kerajaan Pesekutuan, menyediakan berbagai inisiatif atau program membabitkan graduan atau lepasan sekolah-sekolah vokasional, yang membabitkan bilion ringgit yang berbentuk padanan kerja melalui syarikat-syarikat terpilih, akan tetapi mungkin, pengurusan yang kurang cekap, impak pada produktivitas negara, tidak ketara. Malah ada syarikat-syarikat menjadi petulang, dengan menipu kerajaan, apabila membuat tuntutan palsu yang melibatkan ratusan juta ringgit.

Walaupun Sabah hanya merupakan negeri, dengan sumber kewangan yang amat terhad, selain sektor perekonomian yang belum berkembang maju, akan tetapi, mencuba berbagai kaedah, semata-mata untuk menyediakan peluang mendapatkan pendapatan, misalnya inisiatif BIZRIDER, kolaborasi agensi kerajaan negeri SEDIA dengan FoodFanda. Menurut Ketua Menteri semasa melancarkan program tersebut, inisiatif tersebut melibatkan pengagihan 300 motosikal bagi mereka yang terpilih, sebagai kaedah mendapatkan pendapatan menerusi penghantaran makanan.

Sebenarnya, peluang bagi mereka yang tergolong produktif ini, boleh dibuka seluas-luasnya, jika kerajaan mempunyai cukup mengadakan infra pendokong bagi memanfaatkan semulajadi negeri seperti tanah dan lautan, yang membabitkan industri pertanian dan perikanan.

Agensi kerajaan seperti SLDB, DESA, SAFMA atau anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), boleh menjadi penaraju utama, sebagai tindak balas pada krisis makanan yang sedang dihadapi,bukan sahaja negara akan tetapi dunia. Cuba bayangkan menurut laporan FAO, sejumlah 810 juta penduduk dunia sedang berhadapan kelaparan, kerana kurangnya bekalan makanan.

Apa yang diperlukan oleh agensi-agensi tersebut, menguna pakai, kepakaran mereka yang berlatar belakang pertanian dan perikanan, untuk mengerakkan sektor-sektor ini, selain bantuan peruntukan untuk tujuan pengembangan. 

Kepakaran mereka yang pakar yang digunakan secara langsung dilapangan, akan mempercepat kemahiran mereka yang mempunyai kelayakan akademik secara teori, dan kerbarangkalian mencipta inovasi-inovasi baharu tidak dapat dinafikan.

Masa sekarang, bukan lagi masa berpandukan teori atas kertas, atau teori mereka yang terkurung dalam bilik berhawa dingin, atau teori dengan menggunakan keyboard, akan tetapi masa sekarang adalah masa praktikal (in-situ) di lapangan.

Penulis yakin menerusi kepemimpinan negeri yang diketuai Datuk Seri Hajiji Haji Noor, akan menggunapakai pendekatan ini, bagi mendokong visi SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Post a Comment