ISU Sultan SULU menuntut Sabah, hanya berlegar-legar di kalangan rakyat Sabah sahaja, dan kadang kala menjadi isu politik, samada di Sabah atau di Filipina, setiap kali sesuatu pilihan raya menjelang tiba.
Tahun 2013, menjelang pilihan raya juga berlakunya serangan sulu bersenjata di kg Tandou, Lahad Datu. Dan selepas itu dijadikan isu politik semasa pemilihan Presiden Filipina.
Hakikat sebenar, Kesulutan Sulu, sudah lama dimansuhkan di negara asalnya Filipina, ertinya hanya wujud pada nama sahaja.
Malaysia atas prinsip memelihara hubungan sejarah antara kesultanan tersebut walaupun hanya wujud atas nama sahaja dengan meneruskan bayaran RM5300, setiap tahun, jumlah yang tidak berubah sejak pajakan, lebih sekurun lalu, dihentikan secara sepihak oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2013, atas sebab mereka yang menamakan diri mereka tentera sulu menceroboh Tandou sebagai upaya menuntut Sabah. Malaysia memandang tindakan tersebut, telah mencabuli hubungan sejarah, dan seterusnya menamakan mereka yang mengaku sebagai tentera sulu sebagai PENGGANAS SULU. Adalah tidak sesuai lagi meneruskan hubungan silaturahim dengan kumpulan pengganas.
Tindakan Malaysia dengan tidak memberi sebarang alasan, notifikasi, adalah yang patut dilakukan, kerana memangpun, selepas kesultanan Sulu dimansuhkan, dan Sabah menjadi entiti merdeka, sebarang penjanjian/persetujuan sebelum itu, dengan sendiri termansuh/terbatal.
Oleh kerana tindakan Malaysia yang tidak memberikan sebarang surat, semasa “sewa” atau “bayaran pajak” dihentikan, mereka yang mendakwa sebagai waris kesultanan tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa, atas sebab tiada asas undang-undang atau treaty yang mereka boleh gunakan untuk membuat tuntutan.
Akan tetapi, tindakan Tommy Thomas (Peguam Negara semasa kerajaan Pakatan Harapan) bertindak bersendirian (untuk sementara, kerana ahli parlimen PH termasuk Warisan mengaku tidak mengetahui), akan tetapi mengatas namakan jawatan PEGUAM NEGARA MALAYSIA, dengan menulis surat pada Disember, 2019 pada peguam waris kesultanan tersebut, selagi gus memecah semua kebuntuan berdekad lamanya berkaitan tuntutan Kesultanan tersebut terhadap Sabah.
Surat Tommy tersebut dijadikan sebagai bukti sah, bahawa memang Sabah kepunyaan Kesulatan Sulu yang disewakan kepada British, dan apabila mengambil kira masa, hasil, perubahan nilai mata wang, maka kini berjumlah AS14.92 bilion (RM62.59 bilion-kadar semasa).
Apa yang boleh dibuat Malaysia? Kerana nasi telah menjadi bubur. Jika perahu terlanjur boleh diundur. Tindakan Malaysia, hanya boleh menangguhkan keputusan mahkamah timbang tara, dan seterusnya membuat hujahan untuk menolak keputusan mahkamah timbang tara tersebut.
Tindakan pemimpin parti Warisan Sabah, terutama para ahli parlimen parti itu mendesak isu tersebut dibahas di parlimen, selepas usaha di peringkat DUN Sabah tidak diterima, hakikatnya hanya cubaan mendapatkan keuntungan politik, untuk mendapat sokongan daripada rakyat Sabah berketuruan suluk di Sabah menjelang PRU-15, sebagai cara mengekalkan parti itu masih relevan pada politik Sabah.
Shafie menyedari sokongan pada parti itu semakin hari semakin menurun, termasuk daripada rakyat berketurunan suluk, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 Sabah, tidak seperti pada PRU-14.
Penulis sangat yakin, disebalik tindakan Tommy tersebut, ada udang dibalik batu, dan hubung kait dengan masa depan survival politik parti Warisan, atas sebab secara tersirat, kerana tindakan para ahli parlimen parti Warisan bersungguh-sungguh sangat isu tuntutan kesultan sulu dibahas di parlimen, menunjukkan/selari dengan surat Tommy, bahawa mereka mahu sangat, agar sebanyak mungkin fakta boleh dikumpul para peguam waris kesultanan tersebut untuk digunakan sebagai asas menuntut, terutama fakta-fakta yang berbentuk komersial, seperti mana keputusan mahkamah timbang tara Paris, bahawa pajakan lebih sekurun lalu (Grant Tahun 1878) adalah perjanjian komersial.
Keputusan Speaker untuk tidak membenarkan isu tersebut tidak dibahas di parlimen, kerana beliau tidak akan dapat menjamin, daripada 220 ahli parlimen yang bakal mengambil bahagian, tidak akan berhujah memberi senjata kepada peguam warisan kesultan sulu, seperti mana tindakan Tommy.
Penulis sehingga kini, tidak faham, apa sebenar matlamat para pemimpin Warisan? apa kah mereka ini mahu menunjukkan, kejumudan berkaitan isu tersebut? atau bertindak populis sementara, tanpa memikirkan tindakan tersebut memudaratkan negara.
Sepatutnya para pemimpin Warisan tidak perlu menunjukkan kejumudan mereka berkaitan isu ini, seperti mana sesetengah pemimpin Semenanjung, kerana isu ini, bukan isu utama mereka, berbeza dengan isu pejuang Mat Kilau.
No comments:
Post a Comment