JIKA BN Sabah ikut pendapat/pandangan Penasihat BN, iaitu Datuk Seri Najib Razak, maka akan bergerak solo pada PRU-15.
Sehari sebelum Konvensyen BN Sabah bagi tahun 2022, Najib dalam satu ucapan pertemuan dengan aktivis maya di Kolombong, Inanam, Sabah, mengatakan Parti Warisan sudah semakin lemah, manakala Bersatu (PPBM) tidak sekuat seperti semasa Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri.
Maksud ucapan tersebut, kerana Shafie bukan Ketua Menteri lagi dan TSMY bukan PM lagi, maka secara automatik, parti yang dipimpin semakin lemah.
Oleh kerana Perdana Menteri daripada BN, maka BN lebih kuat berbanding yang lain. Selain itu kemenangan BN pada PRN Melaka dan Johor, menyokong lagi tindakan BN Sabah bergerak solo.
Bagi Najib, yang mustahak adalah kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional. Tidak peduli, samada tindakan BN Sabah tersebut menyebabkan keretakan hubungan antara GRS-BN di peringkat negeri. Jika boleh, biarlah kerajaan negeri tumbang, dan memaksa diadakan PRN negeri lebih awal.
Najib mempergunakan BN Sabah untuk mencapai matlamat menang sebanyak mungkin kerusi pada PRU-15 yang hanya membabitkan kerusi parlimen di Sabah.
BN Sabah sebelum PRU-14, biasa menang 22 kerusi Parlimen, kecuali pada PRU-14, semasa Najib dan Zahid bergading bahu, sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, BN kalah banyak kerusi pada parti Warisan, termasuk satu kawasan tradisi Umno ditawan parti DAP- parlimen Tenom.
Jika BN Sabah akur pendapat/pandangan Najib, maka sekali lagi, pergolakan politik berlaku di Sabah, seperti mana yang lalu-lalu. Jika ini berlaku, visi Sabah Maju Jaya bakal terbantut, dan akhirnya rakyat Sabah jua yang menerima padahnya. Selain itu, terbuktilah, masih ada pemimpin Sabah menerima kaedah dipecah dan diperintah serta berpecah. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment