Saturday, July 16, 2022

ANWAR GAGAL JADI PM KERANA TIDAK MAHU JUAL PRINSIP

PERCAYA atau tidak alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau boleh sahaja menjadi Perdana Menteri, jika tunduk pada syarat yang diberikan 15 ahli parlimen Umno yang juga punca Tan Sri Muhiyiddin Yassin terpaksa melepaskan jawatan PM-8. Apa yang mustahak, rakyat mengetahuinya, dan rakyat juga mengetahui niat sebenar kumpulan 15 tersebut.

Terserah pada rakyat pada PRU-15, untuk menentukan, apa kah kategori pemimpin sedemikian masih disokong dan dikekalkan.

Sebagai rakyat yang menjadi pengadil dan menentukan parti mana yang perlu diberi mandat, kena mendengar alasan daripada dua pihak yang saling mengaku berkata benar, dengan berpandukan pada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku, selain fakta-fakta yang ada sebagai panduan membuat keputusan.

Rakyat tidak boleh memekakkan telinga, membutakan mata, mengunci hati, sehingga membuat keputusan membuta tuli tanpa usul periksa, kerana hasilnya nanti boleh memudaratkan negara.

Rakyat perlu menilai perbuatan yang bercanggah dengan moral dan agama, yang berkaitan salahgunakuasa dan rasuah yang melibatkan segelintir pemimpin, yang masih menggunakan/memperkudakan rakyat untuk kekal relevan dan mahu berkuasa semula.

Rakyat mesti membuka mata, berlapang dada, tidak terjerat dengan perlaku pemimpin yang mengatas namakan rakyat, tetapi disebaliknya, bertindak rakus, bertindak tidak amanah, untuk kepentingan diri sendiri.

Pada PRU-15, adalah peluang rakyat untuk mengwujudkan pemerintahan order baharu atau era baharu, untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Cara pemerintahan lama yang dinoktahkan pada PRU-14, tidak perlu berulang lagi. Rakyat juga telah merasakan kerajaan cacamarba untuk mengisi peralihan pemerintahan. Atas sebab itu, rakyat tidak boleh melepaskan peluang yang terpampang, iaitu PRU-15, untuk menentukan halatuju negara ke arah lebih gemilang. Pilih lah para pemimpin yang mampu berhadapan dengan era baharu dunia- era teknologi dan era digitalisasi, bukannya memimpin yang hanya tahu berhujah retorik, termasuk mendabik dada sebagai pemimpin hebat, termasuk pemimpin peminum darah.

Era masa depan, rakyat terpaksa bersaing bukan sahaja rakyat se negara, akan tetapi bersaing dengan rakyat global. Ambil lah pengajaran, bagai mana negara berhadapan dengan kenaikan harga barang dan inflasi,kerana perkembangan geo-politik dunia.

Rakyat negara ini, kena mengambilkira, kejadian-kejadian yang tidak disangka, seperti krisis Russia-Ukraine, yang memberi impak besar bukan sahaja negara akan tetapi seluruh dunia dalam menentukan pemimpin yang memandu arah negara. Fikir-Fikirkan

No comments:

Post a Comment