Sunday, April 17, 2022

PRU-15: PARTI MENANG DAPAT SEMUA KALAH HILANG SEMUA?

PARTI yang tidak selesa dengan KERAJAAN seperti hari ini adalah Umno. Parti itu berdekad lamanya biasa dengan kerajaan MENANG  DAPAT SEMUA, KALAH HILANG SEMUA.

Jika kita menoleh ke belakang, seawal Februari, 2020, parti itu mahu kembali kepada rakyat, selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, namun terhalang oleh sebahagian besar ahli parlimen yang mahukan kerajaan campuran berbagai parti.

Parti itu akhirnya akur dengan Titah SPBA dan Raja-raja Melayu, agar menyokong kerajaan campuran, bagi menghadapi 3 krisis serangkai- Krisis Kesihatan-Krisis Ekonomi- Krisis Politik, impak pandemik Covid-19 dan tumbangnya Kerajaan pilihan rakyat.

Kerana 3 krisis serangkai ini juga, maka SPBA tidak bersetuju dengan permohonan pembubaran Parlimen, semasa Tan Sri Muhiyiddin Yassin hilang sokongan majoriti pada Ogos, 2021, sebaliknya menitahkan agar ahli parlimen yang mendokong kerajaan dan pembangkang mengadakan persefahaman, menerusi pendekatan YANG MENANG TIDAK DAPAT SEMUA, YANG KALAH TIDAK HILANG SEMUA.

Kini, tiga krisis serangkai, sudah hampir melabuhkan tirainya, dan kemungkinan menjadikannya alasan untuk tidak membubarkan parlimen, bukan lagi alasan kukuh. Lagi pun telah tiga PRN diadakan, tidak menjadi penyebab krisis kesihatan.

Pendek kata, PRU-15, diambang pintu.

Terpulang kepada rakyat negara ini, parti mana yang mereka beri mandat untuk sepenggal lagi, apa kah memilih pendekatan PARTI MENANG DAPAT SEMUA, atau pendekatan seperti mana saranan SPBA, memberi manfaat kepada semua rakyat, rentas parti dan latar belakang, seperti mana kerajaan hari ini. SAMA-SAMA KITA NANTIKAN, apa keputusan rakyat.

No comments:

Post a Comment