TINDAKAN menutup kerjasama dengan Bersatu dan Pas, oleh Pakatan Harapan (PH) melawan Barisan Nasional (BN) pada PRU-15, menunjukkan parti itu tidak serius menghalang BN menunduduki Putrajaya.
Hakikatnya PH sedar, tiada formula yang membolehkan parti itu mengulangi pencapaian PRU-14 tanpa Bersatu dan Pas.
Bagi Bersatu dan Pas pula, walaupun mendapat sokongan kedua terbanyak daripada kaum melayu selepas Umno, akan tetapi kurang mendapat sokongan daripada kaum cina dan india, adalah faktor tidak dapat mengatasi Umno/BN.
Penulis melihat, jika status quo kekal semasa PRU-15, yakni seperti yang berlaku pada PRN Melaka dan Johor, memperkuat anggapan sekali lagi, bahawa PH mahu BN kembali ke Putrajaya.
Ada kemungkinan PH mahu kekal sebagai pembangkang kekal, kerana parti dilihat lebih produktif sebagai pembangkang berbanding sebagai kerajaan.
Para pemimpin PH tersangat jelas kelemahan mereka, apabila menjadi kerajaan selama 22 bulan. Para pemimpin mereka yang berjawatan menteri, kebolehan mereka bukan sahaja dipertikai rakyat, akan tetapi rata-rata below par, malah kenyataan-kenyataan mereka menjadi guruan, termasuk kenyataan mampu mengira ikan yang berenang di laut, menyeru penoreh getah menoreh di musim tengkujuh, meminta rakyat minum sesudu teh minyak kelapa sawit, untuk mendorong harga komoditi tersebut, malah yang paling popular, pemberian 30 renggek untuk belanja sakan.
Para pemimpin parti itu lebih banyak mendapat pujian pada kedudukan sebagai pembangkang berbanding sebagai kerajaan. Mungkin kerana sifat tersebut, maka mereka membiarkan BN menang pada PRU-15. Berbeza dengan PN, yang mahu menghalang BN kembali ke Putrajaya, kerana para pemimpin parti itu adalah alternatif pada pemimpin BN, malah dirasakan lebih baik kerana kebanyakan pemimpin tidak bertag isu moral. Selain itu PN mahu memperbaharui imej Malaysia- imej pemimpin tanpa rasuah, tanpa pemimpin kleptokrasi.
Hasrat PN itu sukar dicapai, kerana terhalang sokongan, terutama daripada kaum cina dan india yang masih mendekap PH terutama parti DAP.
Pun demikian, kerana dalam politik itu penuh dengan kemungkinan, usaha PN mengajak parti-parti lain mengelak pertembungan sesama sendiri, dan memastikan satu lawan satu dengan BN, menjadi kenyataan pada PRU-15. Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment