DUA tahun penutupan sempadan negara, bukan sahaja memberi kesan pada industri pelancongan negari, malah perolehan daripada industri itu merosot dengan teruk.
Industri yang dianggap sebagai industri masa depan negeri kerana sumbangannya pada KDNK Negeri, dijangka mengalami pemulihan apabila sempadan negara di buka semula.
Sebelum pandemik Covid-19, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah hampir 4 juta setahun yang memberi sumbangan lebih RM8bilion. Hasil sebesar itu sangat signifikan pada perekonomian negeri, jika dilihat daripada segi peluang pekerjaan dan pendapatan bagi mereka yang terlibat dengannya.
Kementerian Pelancongan negeri yang diterajui menterinya Datuk Jafry Ariffin sedang gigih dengan berbagai kaedah dan strategi, untuk mempercepat pemulihan industri tersebut.
Selain kedatangan pelancong ke dalam negeri, tempat destinasi pelacongan juga dibaik pulih, selain kawasan-kawasan baharu, juga memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berciri alam dan budaya.
Kemajemukan rakyat Sabah yang diikuti berbagai budaya dan adat resam, juga dijadikan sebagai produk pelancongan. Produk seumpama ini, yang membezakan produk pelancongan dengan negara-negara lain.
Sabah yang kaya dengan keadaan semulajadi seperti lautan, pergunungan, hutan, serta fauna dan flora, dijadikan sebagai produk pelancongan oleh kerajaan negeri, lebih 2 dekad yang lalu. Kerana tindakan proaktif kerajaan tersebut, maka industri pelancongan negeri mendapat pengiktirafan sebagai “The Raising Sun Industry”.
No comments:
Post a Comment