Apabila kerajaan PH tumbang, dan Umno diajak menubuhkan kerajaan, ahli parlimen Bera itu dilantik sebagai Menteri Kanan, dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri pada kabinet Tan Sri Muhiyiddin Yassin.
Pada kedudukan TPM, ramai memandang sinis, termasuk lah mereka yang separti dengan beliau, bahawa beliau bakal mencatit rekod TPM tersingkat dalam sejarah politik tanah air, kerana menumbangkan kerajaan PN sedang diatur gerak, apabila beberapa wakil rakyat parti beliau mengutus surat pada SPBA menyokong Datuk Seri Anwar dilantik sebagai PM ke-9.
Kata peribahasa tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia Tuhan sahaja yang tahu. Apabila Tan Sri Muhiyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti, kerana tindakan 15 wakil rakyat Umno yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, maka proses melantik PM-9 kembali pada SPBA.
Datuk Seri Ismail terpaksa berentap dengan Datuk Seri Anwar, yang akhirnya dimenangi naib presiden Umno itu, apabila 15 ahli parlimen Umno tiada pilihan melainkan membuat pusingan U, menyokong kerajaan semula, sehingga terwujud kerajaan PN2.0, kemudiannya dijenamakan sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.
Walaupun DSIS dilantik sebagai PM-9, anggapan sinis masih berlaku, bahawa beliau mungkin menjadi Perdana Menteri tersingkat (PM tersingkat adalah 17 bulan yang disandang TSMY), atas sebab gerak atur daripada sesetengah ahli parlimen daripada parti beliau yang mendesak pembubaran parlimen bagi membuka jalan PRU-15.
Kini, walaupun Umno memutuskan MOU antara PH dan Kerajaan tidak diteruskan selepas tamat pada 31 Julai, 2022, akan tetapi keputusan parti itu menamakan DSIS sebagai calon PM jika BN menang PRU-15, maka dengan sendirinya untuk sementara, menamatkan anggapan,bahawa Naib Presiden Umno itu bakal mencatit PM terpendek dalam sejarah negara.
Menamakan calon PM selain presiden parti, adalah pertama kali dibuat oleh Umno dalam sejarah penubuhan parti itu. Menamakan DSIS sebagai calon PM, walaupun cuba digambarkan sebagai keterpaduan parti itu, akan tetapi, pada hakikatnya, hanya itu sahaja caranya untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kerana kepimpinan ahli parlimen Bera itu menunjukkan keterangkuman memimpin negara majemuk seperti Malaysia, menerusi Keluarga Malaysia, meskipun analog pendekatan tersebut “terjemahan” daripada Kerajaan 1Malaysia, semasa era Datuk Seri Najib Razak.
Kepimpinan DSIS yang dilihat disukai kawan dan lawan, boleh menjadi katalis atau faktor yang menjamin kemenangan pada PRU-15.
Menamakan DSIS sebagai calon PM, memaksa parti-parti lain untuk kembali ke “drawing board” bagai mana berhadapan dengan PRU-15.
Disebalik menamakan DSIS sebagai calon PM selepas PRU-15, ada yang melihatnya terlalu awal, termasuk tiada jaminan ianya bakal berlaku, seperti mana berlaku pada perlantikan MB Johor.
Kemungkinan parti lawan menggunakan isu Johor, yang dilihat semacam "menipu" pengundi, kerana poster boy yang disokong pengundi, tidak dilantik.
Apapun strategi politik, PRU-15 adalah berbeza dengan dengan PRN, masing-masing parti mempunyai peluang yang sama. Sama-sama kita nantikan parti mana yang mendapat mandat.
No comments:
Post a Comment