MANTAN Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman berehat sementara daripada arena politik selepas PRN-16 Sabah.
Pada PRN tersebut, Musa tidak bertanding mana-mana kerusi, termasuk mempertahankan kerusi yang disandang beliau sejak tahun 1994- Dun Sungai Sibuga. Walaupun tidak bertanding, akan tetapi berkempen membantu calon-calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Selepas GRS diberi mandat dan membentuk kerajaan negeri, Musa berehat sementara daripada dunia politik, dan hanya muncul pada majlis-majlis sosial dan keagamaan.
Musa semasa menjadi pemimpin utama kerajaan negeri, telah membawa kemajuan dan pembangunan luar biasa pada negeri dan rakyat Sabah, sehingga beliau diberi gelaran oleh rakyat sebagai BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH.
Kemunculan Musa dalam perhimpunan politik, menurut pandangan penulis ada lah isyarat bahawa beliau akan aktif semula. Ada lah bukan luar biasa, bagi pemimpin Sabah, untuk muncul kembali selepas berehat sementara. Allahyarham Tun Mustapaha Datu Harun, semasa hidup beliau, pernah berehat beberapa kali, namun muncul kembali dalam arena politik negeri.
Bagi penulis, aura Musa masih diperlukan rakyat Sabah, untuk menyatukan rakyat berbilang kaum, yang ketandusan pemimpin sekelibar beliau.
Jika Musa kembali, dan dibantu oleh mereka yang pernah beliau bimbing dalam dunia politik, penulis yakin kestabilan politik Sabah bukan sahaja menyerlah akan tetapi semakin mantap.
Dalam sejarah kepimpinan, kerajaan yang beliau pimpinan tidak pernah kalah dalam pilihan raya, walaupun pada PRU-14, kurang 2 kerusi daripada majoriti mudah, namun parti yang beliau pimpin menang kerusi terbanyak. Dalam perlembagaan Sabah, mana-mana parti yang menang kerusi terbanyak dijemput menubuhkan kerajaan. Bagi maksud majoriti mudah pada Sidang DUN Sabah, maka dibentuk kerajaan BN Plus selepas PRU-14, dan Musa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri. Oleh kerana pengkhiantan 6 ADUN daripada parti beliau, maka beliau terpaksa melepaskan jawatan itu pada 12 Mei, 2018. Selepas 26 bulan, terlepas jawatan Ketua Menteri, sepatutnya beliau kembali sebagai Ketua Menteri pada 30 Julai, 2020, namun dihalang mengangat sumpah jawatan, sebaliknya TYT Sabah membubarkan DUN bagi membuka jalan PRN-16 Sabah, pada September, 2020.
Kehadiran Musa pada PAU 2021 (perhimpunan Agung Umno tahun 2021), bukan penulis sahaja melihatnya sebagai isyarat aktif semula, , malah kemunculan beliau ramai yang menanti-nantikannya.
No comments:
Post a Comment