Monday, March 28, 2022

KOS CIQ KALABAKAN KECIL BANDING KEBOCORAN WANG NEGARA

CIQ Kalabakan, Sabah, bukan sahaja wajar dibina dan siap sesuai waktunya, akan tetapi keperluan bagi rakyat Sabah secara keseluruhan.

CIQ tersebut diperlukan sebagai pintu masuk daripada Kalimantan yang setanah dengan Sabah, apabila ibukota negara teramai penduduk di Asia Tenggara itu berpindah daripada Pulau Jawa ke Pulau Kalimantan beberapa tahun lagi.

Selepas Bandar Seri Begawan, Brunei Darus Salam, Nustantara adalah ibu negara kedua yang bersempadan dengan Sabah.

Sudah menjadi kelajiman kemajuan rancak bagi sesebuah wilayah, pertama kerana akitiviti ekonomi, dan kedua kerana ramainya manusia. Kedua-dua faktor ini akan meningkatkan penawaran dan permintaan, semua bentuk keperluan manusia.

Selepas Sabah membentuk kerajaan Persekutuan bersama Sarawak dan Semenanjung pada tahun 1963, pembukaan Nusantara, bukan sahaja peluang keemasan bagi rakyat Sabah, akan tetapi faktor game changer pemodenan Sabah.

Tidak dinafikan, dalam dasawarsa akan datang, kawasan tiga segi- kalimantan-Sarawak-Sabah, bakal menjadi tumpuan perdagangan terbesar di Asia tenggara.

Kepada kerajaan Persekutuan, jangan nafikan kemajuan rakyat dan negeri Sabah, kerana lebih 5 dekad, rakyat Sabah hanya menelan air liur melihat pembangunan dan kemajuan luar biasa di tanah besar Semenanjung, sedangkan sebahagian kos pembangunan itu, adalah sumbangan daripada hasil bumi Sabah.

Kos RM600 juta untuk membina CIQ itu terlalu kecil berbanding kebocoran wang negara termasuk bayaran faedah dan kupon skandal kewangan 1MDB.

No comments:

Post a Comment