Thursday, October 14, 2021

PRN MELAKA- AKAN BERPIHAK PADA PARTI MANA?

JIKA benar-benar berlaku, adanya pertembungan tiga penjuru, maka, samada BN, PH atau PN, di kawasan melayu, akan mempunyai peluang yang seimbang.

Mengapa keadaan sedemikian berlaku? Sebabnya senario pada PRN itu sangat berbeza dengan PRU yang lalu.

Pada PRN kali ini, setiap pasukan sudah berbeza. Jika pada PRU-14 Umno masih bersama dengan 12 parti komponen, manakala pada kali ini, hanya bersama tiga parti. Demikian juga Pakatan Harapan (PH), sudah berbeza, kerana ketiadaan Bersatu.

Pada PRU-14, belum terwujudnya Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu dan Pas.

Apa yang boleh diramal pada PRN Melaka, parti DAP akan mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU-14. 

Melaka hanya mempunyai 28 kerui DUN.

Mana-mana parti yang menang 15 kerusi, adalah pemenang. Melihat kecenderungan, PH masi di hadapan, kerana faktor kawasan majoriti kaum cina. 

Nampaknya, pertembungan tiga penjuru,  memberi kelebihan  pada PH.

PRN Melaka menjadi perhatian semua pihak, kerana kedudukan komposisi pengundi di negeri tersebut mewakili seluruh Semenanjung. Sebarang keputusan pada PRN tersebut, akan mencerminkan keputusan pada PRU-15.

No comments:

Post a Comment