Saturday, October 09, 2021

DI SEBALIK PENYOKONG PARTI WARISAN BEBAS GUNA DEWAN KENAMAAN (DEWAN KINABALU) KKIA


JIKA berpandukan protokol yang ditetapkan, Dewan Kenamaan (Dewan Kinabalu) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hanya orang kenamaan sahaja yang dibenarkan mengunakan dewan tersebut, tetapi mungkin ada pengecualian apabila melibatkan penyokong parti Warisan atau Datuk Shafie Apdal.

Penulis dikongsikan dengan beberapa gambar yang menyerupai ruangan dewan tersebut, di mana ternampak penyokong Datuk Shafie Apdal berkumpul.

Malah dewan tersebut digunakan oleh Presiden Warisan itu, untuk sidang akhbar, seolah-olah dewan itu milik persendirian.

Jika meneliti siapa-siapa yang boleh menggunakan dewan tersebut selain orang-orang kenamaan seperti Raja-Raja atau Sultan-Sultan atau Perdana Menteri, disyaratkan mesti mendapat kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN). Tanpa kelususan daripada SKN, maka tiada orang biasa boleh menggunakan dewan tersebut.

Mungkin Datuk Shafie Apdal mendapat kelulusan daripada SKN, kerana beliau bukan lah termasuk dalam senarai sebagai orang kenamaan yang dibolehkan menggunakan dewan tersebut, jika berpandukan protokol yang disediakan oleh Bahagian Istiadat Dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri, Sabah.

Kedudukan Shafie sebagai ahli parlimen dan Dun, bukan ditafsir sebagai orang kenamaan yang dibenarkan menggunakan dewan tersebut.

Duluan sebelum ini, semasa Shafie sebagai Ketua Menteri, tiada orang biasa diluar senarai yang dibenarkan menggunakan dewan tersebut.

Jika benar, gambar yang dikongsikan pada penulis tersebut adalah ruang legar Dewan Kinabalu, bilik orang-orang kenamaan di KKIA, maka, kemungkinan besar Shafie dan penyokong beliau mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Jika kelulusan itu bukan daripada SKN, maka, kebenaran diberikan oleh pegawai Malaysian Airport Bhd (MAB). Jika itu yang berlaku, dengan sendirinya melanggar peraturan yang dikeluarkan bahagian protokol & istiadat Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Kerajaan Sabah perlu semak, siapa kah kambing-kambing hitam di sebalik bebasnya penyokong Warisan dan Shafie menggunakan, kemudahan yang sepatutnya tidak melayakkan mereka menggunakannya.

1 comment: