Saturday, September 25, 2021

KERAJAAN GRS KEKAL DALAM JANGKA PANJANG


MELIHAT hubungan antara pemimpin yang mendokong GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS), boleh menjadikan kerajaan yang diterajui gabungan tersebut boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan bersama membangun rakyat dan negari, ada lah keutamaan para pemimpin, sehingga perbezaan flatform politik, suatu perbezaan yang diraikan.

Memang GRS bertembung dengan pendirian BN terutama Umno dengan PN, khususnya menghadapi PRU-15, kerana telah jelas, BN tidak mahu bekerjasama dengan PN, terutama parti Bersatu, tetapi kedudukan itu, mungkin hanya berlaku di Semenanjung, tidak di Sabah.

Umno Sabah dan Bersatu (Sabah), sudah mempunyai panduan, hasil PRN-16 Sabah pada September tahun lalu, bahawa hanya kerjasama antara dua parti tersebut membuahkan kemenangan.

PRU-15 hanya membabitkan kawasan parlimen, tidak melibatkan DUN. Ertinya, sebarang keputusan PRU-15, tidak menguggat kerajaan negeri yang diterajui GRS. Walaupun demikian, setiap parti dalam gabungan tersebut, mengharapkan, parti mereka adalah sebahagian daripada pembentukan Kerajaan Persekutuan.

Boleh kah keadaan sedemikian terealisasi? atas sebab, kekuatan Pakatan Harapan (PH), BN dan PN di Semenanjung hampir seimbang. Ertnya, Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu..

Sementara di Sarawak jelas GPS (boleh jadi proksi BN atau PN) akan berlawan dengan PH, tetapi di Sabah, agak unik, BN terpaksa berlawan dengan PN dan PH serta Warisan. Akan tetapi, keadaan ini bukan lah baharu di Sabah, boleh sahaja berlaku pembahagian kerusi yang tidak menyebabkan pertembungan antara parti-parti dalam GRS. Melihat kerjasama dan hubungan antara pemimpin negeri, nampaknya, akan berlaku pendekatan menang-menang dalam pengagihan kerusi, dengan menitik beratkan, kawasan-kawasan yang boleh dimenangi parti tertentu, akan diberi keutamaan untuk bertanding.

Jika Umno, Bersatu, PBS dan STAR dapat mengelak bertembung antara satu sama lain, besar kemungkinan, hanya parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna bakal dimenangi pembangkang.

Makluman di peringkat akar umbi, cara pendekatan Kerajaan GRS telah mengembalikan kenyakinan rakyat Sabah. Kerajaan ini boleh mencapai sasaran SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Post a Comment