jalan lama sebelum diubahsuai |
Jalan raya baru tersebut memang ditinggikan mungkin lebih sekaki berbanding permukaan jalan lama.
Jalan tersebut boleh lah disebut mini lebuhraya, atas sebab, sempitnya ruangan kiri kanan.
Persoalannya yang penulis ingin bangkitkan, bukan soal rupa jalan tersebut, akan tetapi, kemudahan yang menyokongnya.
Kawasan jalan raya tersebut, adalah wilayah banjir. Kiri kanan jalan selain perumahan, juga deretan bangunan kedai-kedai atau kilang-kilang.
Untuk mengelak banjir berlaku atas jalan, maka perlu dibuat parit-parit besar dan dalam, tetapi, tiada ruangan tersebut, kecuali adanya pengambilan tanah. Jika itu yang dipilih, maka akan banyak bangunan-bangunan bakal diroboh.
Jika perparitan tidak dibuat, maka keadaan di jalanraya tersebut, akan kekal seperti yang lalu-lalu, apabila hujan, maka dipenuhi air.
Semasa melalui jalan tersebut, penghalang kekal dibina antara lorong. Ertinya, tiada lagi pusingan U, sehingga bulatan berikutnya. Pengguna tiada peluang lagi berpatah balik, jika banjir memenuhi jalan sebelum pusingan U. Keadaan ini lah yang dialami penulis semalam. Kereta bersusun di satu lorong jalan, akan tetapi lorong yang berlawanan arah KOSONG. Niat berpatah balik, bukan pada penulis sahaja, akan tetapi, mungkin pemandu lain, tetapi kerana penghadang kekal, maka terpaksa berlabuh di tetapi jalan berjam-jam, sehingga air surut.
Penulis perkirakan, apabila jalanraya tersebut siap sepenuhnya, keadaan serupa berlaku, kecuali parit-parit kiri kanan dibina, walaupun belum ada tanda-tanda. Biasanya jalan serupa ini, parit-parit dibina terlebih dahulu, sebelum jalanraya sebenar disiapkan.
Siapa kah penasihat teknikal jalanraya tersebut? Jika mereka itu terdiri daripada jurutera-jurutera, mungkin “terlepas”pandang piawaian lebuhraya sebenar!!!!.
No comments:
Post a Comment