Sunday, September 19, 2021

HARAPAN SABAH DALAM KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA


BERPULUH tahun, kita bergelut dengan Perjanjian Malaysia (MA63), malah menjadi isu politik setiap pilihan raya. Pun demikian, progressnya, bukan sahaja perlahan, malah mendekati jalan buntu.

Sekian tahun kita bernostalgia berkaitan MA63, malah, ramai diantara kita menghitung-hitung “backdated” sejumlah kewangan yang terlepas untuk Sabah, yang berjumlah bilion-bilion ringgit.

Apabila ada di antara rakyat Sabah membaca senaraian sedemikan, maka timbul rasa tidak puashati, mengapa ianya berlaku? Mengapa tiadanya keadilan? Kerana asas demikian, maka jika ada pihak yang berjanji akan memberi banyak untuk Sabah seperti mana manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Warisan pada PRU-14, maka ada rakyat yang terpengaruh, dengan memberi undi mereka kepada yang berjanji, walaupun diingatkan, janji-janji sedemikian hanya janji-janji bulan bintang.

Selepas bernostalgia dengan MA63 dengan segala titik bengkiknya, tidak juga berhasil, malah menimbulkan stress, maka tiba masanya kita melakar sesuatu yang baharu menerusi KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA, dengan menggunakan konsep MENANG-MENANG.

Kita semua yakin, dalam satu KELUARGA, tiada yang sanggup membiarkan anggotanya keluarganya dipencilkan atau dianak tirikan, seperti mana berlaku selama lebih 50 tahun.

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak patut dipersalahkan jika berkecil hati dalam PERSEKUTUAN, kerana memang pun berlaku, pendekatan yang berbeza antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung daripada semua segi melibatkan rakyat.

Bayangkan sahaja, hari keramat HARI MALAYSIA, hanya secara rasmi diiktiraf pada tahun 2010, kerana sebelum ini, hanya disambut di Sabah dan Sarawak sebagai SAMBUTAN HARI JADI TYT.

Mengiktiraf tanggal 16 September tidak membawa implikasi kewangan, pun demikian, diperlukan 47 tahun mengiktirafnya.

Pada masa sekarang, kita semua tahu, berlakunya kesenjangan pembangunan berlaku antara wilayah, maka tiba masanya sesuai dengan semangat KELUARGA MALAYSIA, semua pihak perlu menumpukan pembangunan Sabah dan Sarawak dengan rancak. Peruntukan kewangan perlu dilipat gandakan, supaya, rasa sakit hati rakyat dua negeri tersebut dapat diubati.

Mungkin, rakyat Semenanjung jarang-jarang merasakan, bahawa rakyat Sabah sentiasa berhadapan dengan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan-jalan raya, dan kini kemudahan internet.

Cuba bayangkan, di sesetengah kawasan bandar pun, berhari-hari tiada bekalan air, kemudahan internet, maka jangan cerita lagi di kawasan luar bandar.

Sempena lawatan Perdana Menteri ke Sabah kerana merasmikan Sambutan Hari Malaysia, di kawasan penulis, bukan sahaja tiada bekalan air, elektrik juga terputus, dan sehingga kini liputan celcom belum pulih.

Semasa penulis update blog ini, penulis keluar daripada kawasan, dan di duduk di sebuah kafe Damai Luyang, untuk mendapatkan liputan internet.

Lima puluh lapan tahun, merdeka, keadaan sebegini masih berlaku. Jangan cerita lagi kemudahan bekalan air di kampung penulis, sehingga kini masih menggunakan “tube well” untuk keperluan harian. Ibu penulis, sejak dilahirkan lebih 80 tahun lalu, belum merasakan apa itu air bersih atau air terawat.

Semoga dalam KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA, sedikit masa lagi, rakyat SABAH menikmati apa erti pembangunan dan kemajuan.

4 comments:

  1. Brp puluh tahun bangsa kita perintah.. Namun masih lagi ada masalah electrik n air bersih

    ReplyDelete
  2. 2021 Tahun untuk mengotakan semua janji-janji dan memulihkan hal2 yang termaktub dalam perjanjian MA63......

    ReplyDelete
  3. Harapan hanya tingal harapan ja la... Tak akn perna kotakan janji. Merdeka dari malaysia lg bagus..

    ReplyDelete