Monday, September 13, 2021

CSA DENGAN KERAJAAN SHAFIE TUNJUK EGO


Parti Warisan tidak menyokong Confidence And Supply Agreement (CSA) menerusi MOU antara Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala Pakatan Harapan (PH) akan menandatanginya petang ini.

Tujuan MOU tersebut adalah untuk mengwujudkan kestabilan politik, supaya Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak terganggu.

PPN terganggu sebentar, akibat perletakan jawatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin bersama kabinet beliau pada 16 Ogos lalu, kerana kehilangan sokongan majoriti, apabila Kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan.

Walaupun kerajaan PN tumbang, akan tetapi, kerajaan yang menggantikannya meneruskan semua agenda dan strategi yang telah dilakar menerusi PPN.

MOU yang bakal ditandatangi, bukan menyertakan parti pembangkang dalam kerajaan, akan tetapi melibatkan mereka dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Ahli Jawatankuasa Khas Menanangi Covid-19.

MOU ini, bukan kerjasama pemerintahan, akan tetapi bentuk kerjasama dalam pengurusan Krisis Kesihatan dan Krisis Ekonomi.

Kengganan Parti Warisan menyertai persefahaman tersebut, menunjukkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut, tidak bersedia menjayakan PPN.

Melihat persefahaman antara Blok Kerajaan dan PH, maka sebarang Rang Undang-Undang yang memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen dapat diluluskan.

Kerajaan telah memutuskan akan melaksanakan usul yang memerlukan sokongan 2/3, iaitu Rang Undang-Undang Anti Lompat dan Had Masa Jawatan Perdana Menteri. Menerusi MOU ini juga, kerajaan perlu mengusulkan semula mengembalikan status Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

MOU yang bakal ditandatangi, serupa dengan tawaran Tan Sri Muhiyiddin kepada pembangkang sebelum beliau meletakkan jawatan, namun pada masa itu, pihak pembangkang menolak bulat-bulat.

Atas kesadaran, untuk kepentingan rakyat dan negara, akhirnya, PH akur, apabila ditawarkan semula oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.

No comments:

Post a Comment