KERAJAAN Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kesinambungan strategi dan cara kerja yang telah dilakar.
Perdana Menteri ke-9, secara tidak langsung memberi jawapan kepada dakwaan sesetengah pihak, kononnya kerajaan lalu adalah kerajaan gagal segagalnya.
Keutamaan kerajaan adalah untuk memulihkan negara, sesuai dengan misi pencapaian yang bersandar hasil untuk Keluarga Malaysia.
Kerana asas pemulihan jelas dan nyata, maka hanya meneruskannya.
Suatu perjalanan, agar selamat dan sampai ke destinasi, sebaik-baiknya dipandu oleh pelakar perjalanan itu.
Walaupun perlantikan ABAH bertaraf menteri, tetapi beliau menerima perlantikan itu bersyarat, iaitu perlantikan beliau hanya berbentuk sukarela dan tanpa sebarang imbuhan.
Beliau terpanggil berkhidmat demi KELUARGA MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment