PERGOLAKKAN dalam Umno ketika ini, menepati erti peribahasa ‘Kalah menjadi abu, menang menjadi arang’.
Umno dirundung malang, bukan sehaja berhadapan dengan erti peribahasa di atas, akan tetapi juga mengalami peribahasa “Sudah jatuh ditimpa tangga”.
Parti itu bersama Barisan Nasional, hilang kuasa yang digenggam sejak merdeka, pada PRU-14.
Selepas 22 bulan menjadi pembangkang, bernafas semula pada 1 Mac, 2020. Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Pertembungan antara kluster menteri dan kluster mahkamah dalam parti itu, akan membawa parti itu ke lembah kehancuran.
Benar lah rekod sejarah, apabila sebuah empayer runtuh, maka akan runtuh selama-lamannya. Jikapun dibangunkan semula, ianya tidak akan sama seperti sebelumnya.
Bentuk apa pun penyelesaian yang diambil parti tersebut, “damage has been done” luka sembuh meninggalkan parut.
Kenyataan Naib Presiden parti itu Datuk Ismail Sabri Yaakob yang juga Timbalan Perdana Menteri- tindakan mengarahkan ahli parlimen parti menarik sokongan daripada kerajaan dengan keadaan tergesa-gesa yang bertujuan supaya kerajaan tumbang, adalah tindakan tidak bertanggungjawab, atas sebab, tanggungjawab yang diberikan kepada mereka tidak dapat disempurnakan terlebih dahulu dengan sebaik-baiknya.
Hubungan antara dua puak juga semakin parah, kerana isu tipu menipu antara dua pihak. Datuk Nazri Aziz salah seorang ahli parlimen dari puak kluster menteri, menyifatkan tindakan pemimpin utama puak kluster mahkamah sebagai penipu dan pembohong.
Puak mahkamah sanggup berbohong kepada Agong, apabila mereka menulis surat kepada baginda, pada Oktober tahun lalu, yang mempunyai kandungan semua ahli parlimen parti menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sedangkan fakta sebenarnya, bukan lah demikian.
Seorang lagi kluster menteri- Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang bertanggungjawab menjayakan PICK, bahawa beliau hilang kepercayaan kepada ketua kumpulan kluster mahkamah, iaitu Presiden Parti, yang bertindak dolak dalik.
Umno boleh menggunakan perlembagaan parti dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar arahan parti yang ditaja puak kluster mahkamah. Jika cara itu yang diambil, maka menepati, siapa yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Bukan itu sahaja, kerana tindakan dua puak tersebut, rakyat yang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi akan menjadi mangsa.
Tindakan dua puak tersebut, membolehkan DAP akan kembali berkuasa. Rupanya salah satu puak, rindu sangat pemerintahan yang dikuasai DAP. Rindu sangat, apabila kaum bumiputera dihargai dengan 30 renggek, ramai kaum bumiputera dipecat daripada pekerjaan, banyak agensi kerajaan berkepentingan bumiputera dijarah, dan parahnya, Lembaga Tabung Haji khususnya untuk umat islam, ditunggang terbalikkan.
Penulis betul-betul kehilangan klu, mengapa dua puak tersebut tidak menyedari, pertembungan antara mereka, merugikan bumiputera dan islam, mereka gagal melihat musuh sebenar, mereka besabung antara satu sama lain, kerana pihak seteru dapat memalit lumpur di muka mereka, sehingga tidak saling kenal lagi.
Penulis teringat di zaman muda, dua ekor ayam jantan tidak berlawan, kerana yang berbadan besar membuli yang berbadan kecil, akan tetapi, jika yang berbadan besar dilumur lumpur, dua ayam jago tersebut, bersabung bermati-matian, dan berakhir dengan kecederan atau kematian. Ini lah yang berlaku antara dua puak dalam Umno-puak kluster menteri dan puak kluster mahkamah.
Apabila berkuasa dapat harta, langsung tak ingat rakyat jelata, kita kena buka mata. Ianya jelas dan nyata, membawa malapetaka.
ReplyDelete