CORONA VIRUS IN DECEMBER 2019 (COVID-19) penyebab, kita hanya turut berdukacita, apabila mendengar, ada keluarga yang kehilangan keluarga tercinta kerana virus tersebut.
Penulis seawal Mac, 2020, sudah kehilangan seorang sahabat, kerana virus tersebut, kemudian disusuli seorang ahli keluarga pada Jun, 2020. Beberapa hari varian delta melanda WP Labuan, seorang lagi ahli keluarga yang relatif muda, hanya berumur 30 tahun, turut menjadi mangsa.
Semasa awal munculnya virus pembunuh ini, penulis kerap menulis mengenainya, bukan menulis berkaitan sainstifik, akan tetapi hanya berkongsi data jangkitan, sehinggakan ada beberapa pembaca, meminta penulis menghentikan tabiat tersebut.
Seperti virus-virus yang muncul di muka bumi ini, hanya menerusi vaksin sahaja dapat dicegah. Tiada kaedah lain, kerana virus ada lah musuh yang tidak kenampakan.
Sahabat dan ahli keluarga yang menjadi mangsa tersebut, sayang belum sempat menerima vaksin. Jika mungkin sempat divaksin, mungkin juga bukan penyebab begitu cepat dipanggil ilahi. Sebagai manusia biasa, kena menerima ketentuan Yang MahaEsa. Mungkin virus itu lah asbab cepat menemui Maha Pencipta.
Di bulan kemerdekaan ini, sepatut semua kita tanpa terkeculai, berada dalam keadaan merdeka. Merdeka dalam segala-galanya, termasuk lah merdeka daripada musibah. Namun, di kala kita menyambut hari kemerdekaan ke-64, ada pejuang bangsa, agama dan tanah air dijemput ilahi.
Bukan itu sahaja, ada pemimpin kita juga turun bersedih, kerana kehilangan ahli keluarga yang amat dicintai.
Covid-19, menjadikan manusia merdeka, merasa tidak merdeka. Kerana virus ini juga, hampir 2 tahun, semua kita bukan sahaja merasa dijajah, akan tetapi dicengkam ketakutan, dicengkam kecurigaan antara satu sama lain, kerana menghalang kita bersilaturahim, menghalangkan kita berjumpa, dan seterusnya memaksa kita mengurung diri, tanpa kerelaan.
Kerana Covid-19, walaupun sebentar lagi kita merayakan hari kemerdekaan, tetapi sebenarnya kita “Tidak” merdeka.
Harapan tinggi, pada Kerajaan yang mana barisan kabinet baru sahaja selamat mengangkat sumpah jawatan di hadapan SPBA, agar memerdekakan kita daripada ancaman musuh luarbiasa ini.
Kepada mereka yang anti vaksin, ubah lah pendirian anda tersebut, kerana anda-anda akan menjadi penyebab gagalnya sasaran imuniti kelompak yang dituju oleh kerajaan, menerusi program imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Semakin singkatnya mencapai imunti kelompok, maka kemerdekaan kita semua bakal dikecapai semula, dan pada masa sama, kurangnya kita mengucapkan turut berdukacita, dan mungkin malang, di antara kita, bakal menjadi mangsa.
Sedih bulan kemerdekaan, ada di antara kita menyambutnya dengan kedukaan..
No comments:
Post a Comment