Tuesday, August 24, 2021

KERAJAAN BAHARU- YANG BERUBAH-HANYA PERDANA MENTERI


UCAPAN sulung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik Perdana Menteri ke-9, hanya menekankan agenda baharu-Keluarga Malaysia.

Penyebab bertukarnya Perdana Menteri, kerana dakwaan beberapa orang dalam kluster mahkamah, kononnya kerajaan gagal segagalnya.

Bukan ramaipun, hanya 15 ahli parlimen, telah menyebabkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti, maka terpaksa meletakan jawatan pada 16 Ogos, bersama-sama dengan kabinet beliau.

Apa yang peliknya, Perdana Menteri baharu yang disokong 15 orang tersebut, dalam ucapan sulung, tidak sedikitpun menyebut bahawa kerajaan lalu telah gagal, malah, semua polisi kerajaan lalu berkaitan krisis kesihatan dan ekonomi akan diteruskan, malah akan ditambah baik di mana perlu.

Kunci kejayaan menanangi dua krisis tersebut adalah program imunisasi covid-19 kebangsaan (PICK), dan kemudiannya diterjemahkan oleh pelan pemulihan negara (PPN) yang dilaksanakan oleh majlis pemulihan negara (MPN).

Sasaran PICK, menjelang akhir Ogos ini, 40% penduduk dewasa lengkap divaksin, secara puratanya tercapai, malah melepasi sasaran, kecuali mungkin negeri Sabah.

Kejayaan PICK akan mempengaruhi sektor ekonomi dan sosial. Semakin berjayanya PICK, maka peluang perancakkan aktiviti ekonomi juga akan bertambah baik.

Oleh kerana asas kukuh menanangi covid-19 sudah diletakkan oleh kerajaan lalu, maka jika ada pun perubahan pada kerajaan baharu ini, hanya pergerakan para individu atau pergantian, dari satu portfolio yang satu ke portfolio yang lain.

“Jangan letak harapan tinggI’ pada kerajaan ini, kerana apa yang berlaku hanya perubahan Perdana Menteri.

2 comments:

  1. Wah.. Ayat dah lain kerana pm dsis

    ReplyDelete
  2. Tsmy ayuh pecat punahsihat.. Kembali sokong dsai n ph

    ReplyDelete