Walaupun barisan kabinet menggambarkan pasukan beliau, akan tetapi pasti berlaku juga ketidak puas hatian.
Kerajaan campuran berbagai parti, perlu mengambil iktibar, tidak dapat semua, tidak hilang semua, ertinya perlu berlaku tolak ansur.
Dalam keadaan genting ini, tiada masa untuk berbalah. Rakyat bukan sahaja memasang mata, akan tetapi menunggu dibela.
Bayangankan ratusan ribu rakyat mengharapkan bakul makanan, suatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pandemik Covid-19, bukan sahaja meragut nyawa, akan tetapi menyebabkan rakyat miskin, malah ramai yang terputus makanan.
Bukan itu sahaja, ekonomi negara juga terkesan dengan teruk sekali, akan tetapi bukan bank. Bank dalam keadaan apa pun, kekal mengaut keuntungan. Manakala TNB juga mengumumkan keuntungan bersih yang meningkat, kerana penggunaan tinggi pengguna impak PKP.
Kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang dicerminkan melaluiprogram imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), bukan sahaja perlu diteruskan akan tetapi perlu dipertingkatkan, terutama di negeri-negeri yang masih rendah kadar vaksinasi.
Selamatnya rakyat, apabila selamat semua. Kaedahnya hanya menerusi pemvaksinan.
No comments:
Post a Comment