Wednesday, July 14, 2021

DI SEBALIK INGATAN PADA NAJIB

TIGA isu yang melekat pada Datuk Seri Najib Razak; pertama sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, gagal mempertahankan kerajaan yang dibina parti sejak merdeka; kedua, ahli parlimen di mana Umno sebahagian daripada kerajaan bertindak seperti pembangkang; dan ketiga Mantan Perdana Menteri pertama dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.

Walaupun tiga isu yang melekat, Najib mampu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin nombor wahid menerusi flatform media sosial.

Melalui flatform alam maya, Najib dilihat seorang pemimpin yang sangat popular dan TIADA pemimpin dalam negara ini mampu menyaingi beliau.

Kalau sokongan yang ditunjukkan menerusi media sosial, jika sistem demokrasi Amerika atau Indonesia digunakan, Najib adalah pemenang.

Anda tidak tertanya-tanya kah, mengapa selepas Umno dan Bn tumbang semasa Najib sebagai nahkoda, dan kemudian tiada kuasa, hanya sebagai ahli parlimen, tiba-tiba Najib menjadi popular dan ramai penyokong berbanding pemimpin lain?

Anda tidak pelik kah, selepas terdedah, Najib bersama Zahid menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dalam upaya mengulingkan Tan Sri Muhiyiddin, akan tetapi masih popular di laman sosial dan kekal sokongan di alam maya?

Kalau tidak mengunakan fikiran wajar, sokongan kepada Najib, mengambarkan, bahawa ahli Umno tidak peduli lagi berkenaan kewajaran, yang penting apa sahaja tindakan Najib perlu disokong. Dan seterusnya Ahli Umno tidak mahu ambil peduli tiga isu yang melekat pada beliau, yang penting ahli parti sanggup mati dan berkubur bersama beliau. Keadaan ini lah yang dapat dilihat menerusi kepopularan dan sokongan terhadap mantan Perdana Menteri tersebut di laman sosial. Benar kah demikian?

Bagi penulis, sokongan yang diterima Najib di alam maya, hanya sokongan semu, mengapa? Sebabnya, daripada kalangan ahli parlimen parti itu yang berjumlah 38, hanya beliau dan beberapa lagi, kalau dijumlahkan tidak sampaipun sebelah tangan menyokong atau menyebelahi beliau. Secara lojiknya, jika dari jumlah kecilpun tidak mampu menguasai, apa lagi yang berjumlah besar!!!.

Realitinya, Najib sebenarnya hanya sebagai pengelipur lara di media sosial, dan pengakhirannya, semua itu, bagaikan buih-buih laut.

Jika ahli Umno tidak sedar itu, dan masih bersandar pada sosok tubuh Najib yang dibantu Zahid, PRU-15, akan mengulangi pencapaian Umno di Selangor, hilang kuasa pada tahun 2008, tidak dapat bangkit pada tahun 2013 dan hampir bersih pada tahun 2018.

No comments:

Post a Comment