KEUTAMAAN sekarang adalah kepantasan pemberian vaksin. Jika penduduk divaksin lengkap, jumlah jangkitan positif hanya angka.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan- Tan Sri Noor Hisham Abdullah, apabila sudah lengkap divaksin, maka kita semua mampu hidup berdampingan dengan virus pembunuh tersebut.
Data dan sains tidak berbohong. Telah dibuktikan di Amerika atau United Kingdom, yang mana sebelum vaksinasi, bukan sahaja jumlah jangkitan tinggi, juga kematian. Namun, selepas penduduk negara itu divaksin, kadar kematian berkurang dengan drastik sekali.
Di negara kita, 3106 barisan hadapan yang lengkap divaksin tetapi dijangkiti selepas itu, hanya 3 orang kategori 3-radang paru-paru (01.%) dan 3 orang kategori 4-perlu oksigen (0.1%) dan kosong kategori 5 (ICU).
Data ini, mendokong- vaksin ada lah TEMBOK, WALAUPUN dijangkiti. Tetapi, untuk dirumahsakitkan tersangat rendah.
Unjuran KKM, bahawa pada pertengahan September ini sehingga ke ujung, jumlah jangkitan harian boleh mencecah 24K-25K. Mereka yang dijangkiti tersebut ada lah hasil saringan agresif, sebagai upaya pengasingan dan perawatan. Namun, berasaskan kelajuan PICK yang rata-rata 400K sehari, untuk tempoh 60 hari, besar kemungkinan mereka yang diasingkan tersebut sekurang-kurangnya telah divaksin Dos1, makanya, mungkin mereka itu terkategori 1 atau 2, yang hanya perlu kurantin kendiri.
Kita semua perlu yakin pada data dan sains, selain berserah pada ketentuan maha pencipta, bahawa menerusi pemvaksinan, kita semua membina tembok yang amat kukuh bukan sahaja dalam tubuh masing-masing tetapi dalam tubuh keluarga mahupun komuniti.
Apabila imuniti berkelompok terwujud, angka jangkitan, hanya kekal sebagai angka, seperti mana punca penyakit biasa seperti selsema, batuk dan sebagainya.
Peranan kita sekarang, tiada yang terkecuali, adalah untuk menjayakan PICK.. Penulis berharap, Sabah yang tercorot dalam program ini, akan agresif, kerana Jabatan Kesihatan Negeri telah mendapat Pengarah baru yang tahu dan faham tugasnya.
No comments:
Post a Comment