MARI kita analisa jumlah kes harian untuk 5 hari di negara kita, walaupun ianya tidak menggambarkan keadaan sebenar, tetapi secara umumnya, boleh lah mewakili punca jangkitan di negara kita.
Purata sumbangan kontak rapat mewakili hampir 50 peratus punca jangkitan, manakala sporadik (lain-lain) purata hampir 30 peratus. Bakinya sumbangan kluster.
Apabila ramai di antara kita menunding pada kilang-kilang atau tempat kerja sebagai punca jangkitan, menerusi kewujudan kluster-kluster, jika di lihat pada data 5 hari ini, menunjukkan sebaliknya.
Jika data ini, boleh dianggap mewakili keadaan jangkitan di negara kita, maka jelas, ketidak patuhan pada SOP ada lah puncanya. Apabila tidak patuh salah satu SOP misalnya penjarakan fizikal, tidak menggunakan pelitup muka, maka penularan menerusi kontak rapat ada lah tinggi, kerana ianya juga di teruskan di tempat awam, maka penularan menerusi sporadik juga menjadi punca.
Di antara kita, perlu bertanya, apa kah setiap masa, kita patuh SOP?
Kalau data harian pada 14 Julai di Selangor misalnya, sumbangan kontak rapat lebih 61 peratus. Apa maknanya? ternyata ramai orang yang degil...Data tidak pernah berbohong!!!!.
Rakyat malaysia tak degil. Pekerja asing kat kilang degil.
ReplyDeleteBerhenti salahkan rakyat. Klaster kayangan bebas bergerak. Rakyat dikurung. Pa da
ReplyDeletePru 15...nanti masa kempen bawalah bendera putih ye. Masa tu baru nampak rakyat
ReplyDeleteAyuh rakyat kasi pengajaran kepada katak katak politik
ReplyDelete