Sunday, July 26, 2020

KERAJAAN SHAFIE DIHUJUNG TANDUK

NAMPAKNYA, Kerajaan Sabah dalam keadaan tidak menentu, kerana isu pertukaran kerajaan negeri, bukan sahaja dibincangkan dikalangan pemimpin akan tetapi sudah sampai ke peringkat akar umbi.

Shafie terpaksa membuat berbagai penafian, malah mendesak siasatan, kononnya para ADUN penyokong kerajaan Warisan-UPKO-PH sedang diganggu pihak pembangkang untuk berpaling tadah.

Kumpulan Shafie terpaksa menggunakan berbagai kaedah termasuk memantau rumah-rumah kediaman pemimpin pembangkang negeri, untuk mengetahui siapa yang keluar masuk. Perhatian utama mereka adalah para ADUN mereka yang bakal berpaling tadah.

Memang untuk sementara, kerajaan Shafie belum tumbang, tetapi dalam keadaan dihujung tanduk.

Hakikatnya, persetujuan antara 13 ADUN yang sedang menyokong Shafie untuk berpaling tadah mengampiri pemuktamadan, hanya  menunggu masa dan ketikanya sahaja mereka mengumumkan pendirian mereka.

Kehadiran Presiden UMNO ke Sabah, memperkuat lagi, bakal tumbangnya kerajaan Warisan.

1 comment:

  1. Kenyataan dari Dato Kidin made in Jasin

    Ramai tertunggu tunggu atok buat parti baru...Kidin ohh kidin yang sedang kelemasan

    Percayalah,kerajaan Perikatan Nasional bakal tumbang dalam sedikit masa lagi. Pengaruh kuat Tun Dr Mahathir Mohamad dan perbalahan sesama anggota Perikatan Nasional bakal menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional akan tumpas.

    Kita iya kan saja lahhh... nnti nangis plak atok boboi dan kidin ... kikiki

    pada otai reformasi

    KIDIN KATA RAKYAT TAK SABAU ATOK BUAT PARTI BARU
    BOBOI DAN KIDIN MUNGKIN DIANGKUT JADI NAIB PRESIDEN
    TAKKAN OTAI NAK TENGOK ATOK KENCING BERTALU TALU
    LOKOS SUDAH BROTHER DI KENCING ATOK BERBESEN BESEN

    kikikiki...

    ReplyDelete